Artikel untuk dikongsikan bersama:-
Mukjizatnya Azan
Pesanan
Semasa Mendengar Azan…
Kematian
itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita
amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata
apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan
‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan
sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika
tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas
menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun
semasa azan berkumandang.
Sebagai
orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan
kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita
takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat
mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan
kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga
untuk mereka.
Dari
itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah
kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami
mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
WASIAT
NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai
Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai
Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai
Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment