Tuesday, September 25, 2012

Renungan


Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
============ ========= ========= ========= ========= ======== 


Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

------------ --------- --------- --------- --------- ---

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di
dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu
berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

------------ --------- --------- --------- --

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan
perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.

PEMINUM ARAK

------------ --------- ----

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di
tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah
suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua
manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang
berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau
busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus
ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar
dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan
dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang
bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA

------------ --------- --------- -----

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul,
malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah
diulang-ulang selama mereka di laut itu..

AZAB BAGI YANG KEDEKUT

------------ --------- --------- --------- ----

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG

------------ --------- ---

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur
luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi.
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT

------------ ---------

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat
sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti
anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan
buah-buah kayu tersebut..

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

------------ --------- --------- --------- --------- ----
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit,
pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang
Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa
itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Wallahua'lam.

Saturday, September 22, 2012

Kepingin

Salam semua..

Dari awal preggy hari tu teringin nak makan ini..
Alhamdulillah usia kandungan masuk 7 bulan hari tu baru dapat makan...hehehe

 Aiskrim Top10..
Pergi cari sana sini semua kedai takde jual, akhirnya jumpa kat Petronas Bukit Changgang

Buah Tarap..
Kat semenanjung takde tau, kat seberang laut baru boleh jumpa buah ni.

Thursday, September 20, 2012

Jom Shopping...

Assalamualaikum semua..

Semalam balik kerja , En Ova cakap nanti 23/9/2012 ni jangan tidurkan syirah siang bawak dia pergi econsave..Ye lah selalu syirah tidur waktu siang..Sambil cakap tu dihulurkan surat..


Oh..syirah dapat baucer dari TAWAS. Terima kasih kerajaan Negeri Selangor.
Hari tu daftarkan syirah dalam bulan Julai, cepat jugak dapat yer..:)
Nanti kita g shopping yer!!!

Saturday, September 15, 2012

DOA UTK KAMU SI KECIL.


YA ALLAH,
peliharalah anakku selama dalam kandunganku, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yg tiada meninggalkan kesan buruk.
YA ALLAH,
lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yg mudah dan sejahtera.

YA ALLAH,
jadikanlah ia sihat, sempurna, cerdik, berakal, berilmu serta beramal soleh.

YA ALLAH,
elokkanlah akhlak, fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca AL_QURAN dan hadis dengan berkat NABI MUHAMMAD s.a.w


AMIN AMIN AMIN
ya rabbal alamin.


Tuesday, September 11, 2012

Kini 7 Bulan..

Assalamualaikum semua..

Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu ke 29 usia kandungan ini. Ini bermakna dah masuk 7 bulan bayi yang dikandung. Barang2 keperluan orang baru belum beli lagi ( nak pastikan jantina dulu). Barang2 berpantang pun sama, cuma yang dah beli pad (susen), jelly gamat dan bengkung je.

Hari tu macam tak pasti je jantina bayi dalam kandungan. Tadi nak puaskan dan sedapkan hati p check up lagi, mintak doktor pastikan jantina bayi. Mulanya agak kecewa jugak sebab doktor kata kedudukan bayi dalam keadaaan  bersujud ni, memang tak boleh nak nampak jantinanya. Tapi akhirnya doktor godek2 barulah nampak...Alhamdulillah, cornfim BOY!

Lepas ni barulah leh beli baju orang baru yer...kita cari yang warna biru2..
2 orang kakaknya mesti suka sangat sebab dapat adik lelaki. C Tiha pun memang mengharapkan dapat adik lelaki...ALHAMDULILLAH

Cukup laporan kali ini...hehehehe

Tuesday, September 4, 2012

Insyaallah...

Salam semua pembaca Blog Tihasyira..

Sebelum ni c kakak, Fatihah tanya, "mama, kalau baby keluar nanti perempuan macamana?
Mama : "Macamana apanya, kalau Allah dah bagi perempuan, perempuan la babynya, kita doa je la mintak2 baby ni lelaki"
Fatihah : "Mama doa tak"?
Mama : "Iyer, tiap kali mama solat mama doa kat Allah mintak2 baby dalam perut mama ni lelaki, kakak pun kena berdoa jugak tau.."

C tiha ni berharap sangat nak baby lelaki sebab adik dia yang sekarang ni perempuan, Insyirah. Yang Insyirah ni bila ditanya nak adik apa, dia kejap cakap nak lelaki, kejap nak perempuan pulak..macam2 dia ni..hehehe

Tadi g check up kat Klinik Rozita, scan baby dalam perut. Alhamdulillah, baby sihat. Belum sempat nak tanya doktor jantina baby, doktor sendiri yang cakap, insyaallah baby lelaki, ni t***r dia. Dalam hati, ALHAMDULILLAH.

Ni Tiha n Syirah tak tau lagi..wat surprised la kat derang..


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers