Saturday, July 27, 2013

Puding Jagung

Assalamualaikum semua...

Lama tak update pasal makanan.
Hari ni nak buat puding jagung.
Jom kita tengok.

Bahan-bahan yang perlu:-

1 tin susu cair
1 tin jagung
1 1/2 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
3 cawan air
secubit garam


Cara-caranya pula:-

satukan semua bahan-bahan dengan api yang perlahan.
guna kuali senang nak kacau

kacau sehingga berkilat dan blup2

masukkan ke dalam acuan
dan biarkan seketika.
kemudian masukkan pula ke dalam peti sejuk.

siap untuk dimakan..

Mudah je kan....huhu

Monday, July 22, 2013

Cara Menadah Tangan/Berdoa Yang Betul

Assalamualaikum semua..

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika
berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT
adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT
termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk
sampan. Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ba. Titik ba
letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap
huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat
menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ba bernama Har Hayaail.
Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa
sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh
pengharapan .

Mencari keberkatan doa
Doa senjata orang mukmin. Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) angkat tangan ke paras dada

2) rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba
Titik ba terletak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yg kita
tadah. Setiap huruh hijaiah didalam al quran ada malaikat yang menjaganya.
Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama har hayaail. Malaikat ini akan
mengangkat doa kita terus menghadap allah tanpa
sebarang perantara. Oleh itu berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh
pengharapan.

4) duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat
akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar /
bersandar.

5) sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut
nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada
masa itu. Cthnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama
allah ar-razaq dan disusuli juga dengan bersalawat nabi saw

6) berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami
kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara
tulus hamba-hambanya

7) ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil
kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.

Wallaahu a'lam




Thursday, July 18, 2013

Puasa dan solat

Assalamualaikum semua...

Semalam c kakak dah pesan , "mama esok kejutkan kakak bangun sahur yer".
Al kisah pagi tadi dok kejutkan c kakak, tapi liatnya nak bangun.
Abahnya pulak bagitau, "jangan paksa anak berpuasa, tapi paksa anak solat".

Kebetulan terbaca la pulak artikel ni kat blog 

Puasa Tapi Tidak Solat | Pesanan kepada Ibu Bapa Dan Mereka Yang Bakal Mendapat Zuriat | Tidak peliklah kalau kita perasan, sama ada kawan rapat kita, jiran kita, adik beradik kita, atau sesiapa sahaja yang menganut agama islam yang berPuasa Tapi Tidak Solat. Ke korang masih rasa pelik? Tapi apa puncanya? 


"Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur" (Hadis Abu Daud)

Orang yang solat bermakna selalu ingat dan dekat kepada Allah Taala, cinta semakin bertambah dan jiwanya sentiasa tenang dan lapang. Dalam dirinya tumbuh sifat mahmudah, berbudi pekerti mulia, sabar, tahan diuji, suka memberi pertolongan, tidak sombong dan lain-lain. Inilah gambaran sahsiah Muslim yang dibentuk oleh kewajipan solat dalam agama.


Hmmm semakin hari semakin mudah perkara mungkar pekat dan likat dalam budaya kita. Ada yang sebahagiannya dah boleh dikatakan janggal kalau tak dilakukan. Jadi bagaimana kita nak kembali kepada fitrah hidup kita sebagai seorang muslim? SOLAT ? Ya SOLAT la jawapannya.

"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan sungguh-sungguh); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (Al-Ankabut: 45)

Petikan di atas membuatkan wa termenung beberapa ketika berfikir. memang betol, jika solat seseorang itu sempurna, maka sempurnalah segala amalannya.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."
(Hadis riwayat Thabrani)

Jadi bagi mereka yang mempunyai anak, dan bakal untuk melaluinya. Tak salah mengajar anak untuk berbuat kebaikan. Tapi rasanya lebih bagus kita cuba mencari dimana pokok pangkalnya untuk menjayakan sesuatu. Tambahan pula, kanak-kanak ni adalah masa yang paling sesuai untuk didik. Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Cuba fikir dan renung-renungkan.

Wallahu a'lam...

Wednesday, July 17, 2013

Senyuman..

Selamat berpuasa semua.
Alhamdulillah hari ini hari yang ke-8 dalam bulan Ramadhan..

Artikal yang perlu dikongsikan bersama :-


Friday, July 12, 2013

Hari ke-3

Assalamualaikum semua..

Macamana dengan ramadhan semalam? :)
Hari pertama ramadhan hari tuh c kakak dapat bertahan puasa sampai jam 4petang jer. Ibunya bagitau dia mengadu yang dia dah tak larat, ibunya apa lagi takpe lah kak, bukak je puasa, nanti pengsan pulak. Lagipun hari pertama puasa sekolah agama belah petang cuti.

Semalam sekolah pagi petang. Waktu jemput di sekolah c kakak ngadu, mama Adura nangis, dia haus, ustazah suruh tidur kat kelas. Balik tu, kitaorang singgah bazaar Ramadhan kat Langat Murni. Derang anak2 nak makan nasik ayam dan laksa. C kakak ngadu lagi yang dia haus...takpe kak, kejap je lagi waktu berbuka, kita tunggu ye, nanti balik rumah kakak mandi, rehat.

Alhamdulillah c kakak dapat berbukan puasa bila sampai waktunya. Harap2 hari ni dia ok jer. Dia pun dah mintak nak berbuka makan nasik ayam. Balik nanti singgah bazaar ramadhan bukit changgang yer...

Thursday, July 11, 2013

Jatuh Buai :(:(

Hari ke 2 kita berpuasa..

Pagi tadi bangun sahur jam 5.10pagi. Kunci jam 4.45pagi, jadik kelam kelibut bangun tidur sebab nak goreng ikan tenggiri. Lauk malam tadi ada lagi, pajeri nenas, gulai ayam +rebung dan paru ada lah 2-3keping beli dekat bazaar bukit changgang. Gulai ayam kaknor, ummi Amin bagi.

Kat dapur tengah goreng ikan  tetiba dengar Amin nangis. Tak sempat nak sambut, Amin dah terjatuh dari buaian. Dia menangis. Terus dukung dan bawak g dapur nak padamkan api, takut ikan hangus. Malam tadi Amin merengek tuh yang masukan dia dalam buai.
Sebelum ni Amin pernah gak nak terjatuh dari buaian, tapi dapat sambut, kali ni pulak tak sempat, rasa bersalah pun ada sebab tak letak bantal kat bawah buaian tuh.

Harap2 tiada apa2 yang berlaku kat Amin, tambah lagi jangan demam ye sayang.

kini berusia 7bulan.

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua..

Esok bermulanya semua umat Islam di Malaysia berpuasa. Di kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua rakan2 yang mengenali saya sekiranya ada membuat kesalahan yang sengaja atau tidak disengajakan pada korang eh.

Hadith ini meriwayatkan:-

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu sekali lagi SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.

Saturday, July 6, 2013

Ruam

Sian hero mama, Amin.
Cer tengok muka dia ada ruam..tak tau kenapa..


Alhamdulillah, sekarang dah elok, Ummi Amin letak losyen jer..
Terima kasih, Ummi.

Friday, July 5, 2013

KSSR~Penilaian mengikut Band?

KSSR adalah singkatan bagi KURIKULUM Standard Sekolah Rendah . KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 .

Tahun 2013 katanya adalah tahun ke-3 pelaksanaan KSSR di adakan. KSSR ni sistem baru yang menggantikan sistem lama KBSR. Didalam sistem KSSR ini terdapat dua perkara yang paling penting menjadi terasnya iaitu LINUS dan PBS.

LINUS tu rasanya semua dah paham kot. LINUS ni singkatan dari perkataan LITERASI, NUMERASI dan SCREENING. Literasi adalah utk subjek pemahaman/penguasaan untuk Bahasa Malaysia. Numerasi adalah pemahaman/penguasaan untuk Matematik. Screening adalah saringan. LINUS ni adalah lebih kurang sama dengan program 3M dulu cuma di tambahbaik utk keperluan semasa. 

Dan ramai gak ibubapa risau perihal kelas LINUS ni. Rasanya tidak apa yang dirisaukan dgn program LINUS ni, ianya cuma program pemulihan untuk meningkat kan prestasi anak kita. Tak semestinya bila anak kita dimasukkan dalam program LINUS, anak kita tercicir ke apa. Ia juga dikira sebagai usaha pihak sekolah untuk mengurangkan jurang perbezaan prestasi antara murid.

Memandangkan Tiha darjah tahun ni, sisitem KSSR digunakan. Tiada periksa atau ujian. Penilaian dibuat berdasarkan pemantauan guru melalui kerja dan latihan  yang diberikan.

Alhamdulillah baru2 ni p sign prestasi result memuaskan...

Tuesday, July 2, 2013

SHE Campaign

Assalamualaikum semua..

Malaysia Airport Sepang mengadakan SHE Campaign pada hari ini dan esok harinya. Banyak aktiviti yang dijalankan  antaranya pertandingan rekacipta bahan terbuang/terpakai. Semua unit wajib menyertainya.




Semasa acara rekacipta dijalankan..


Inilah hasil yang kitaorg buat..




Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers