Thursday, October 24, 2013

Klinik Zalfah

Assalamualaikum semua..

Tadi tengahari pergi Klinik Zalfah, ummi suh mintak ubat cirit Amin. Ubat yang ambik kat Klinik Fuziah dah habis, tapi cirit Amin masih ada lagi.

sementara nak jumpa doktor

ubat Amin

Google punya google dapat info pasal cirit birit ni.

Bayi kerap cirit birit, apa nak buat ya:-


1) Penyusuan Susu ibu : Memang kalau bagi susu ibu awal2 begini baby akan kerap berak 7-8 kalai sehari pon normal, terkentut keluar najis pun normal kalau bayi seawal lahir hingga 4 minggu. Kalau ada jururawat masyarakat datang tengok baby, boleh la suruh dia tengok sample najis baby tu, normal atau tak



2) Susu formula tak serasi: Kalau bagi susu tepung, kalau tak serasi dgn perut budak tu, mmg akan menyebabkan cirit jugak



3) Someting Wrong/ Baby Sakit: Mungkin bab sakit, atau something wrong dengan perut dia.


Juga perkongsian melalui pengalaman, apa nak buat: 

1) Teruskan memberi susu ibu. Sabar, Salin dan tukar sahajalah lampin itu, lama kelamaan  (memasuki 2 bulan) kekerapan baby berak akan berkurang. 

2) Kalau xde bagi susu ibu, kalau baby still kerap berak, bolehlah cuba tukar jenama susu. mana tahu sesuai dgn susu yang baru. Harus di ingatkan yang mahal tidak semestinya sesuai. Kalau still problem, boleh cuba susu yg menggunakan Soya sebagai bahan utk susu, bukan susu lembu. Sesetengah budak tak sesuai dgn susu lembu. 

3) Bawak gi jumpak doktor kalau berak/ cirit berterusan sambai ke tahap baby tak berhenti menangis dan susut berat badan dan xnak minum susu lagi dah.

Tadi sekali harung beli susu yang mengandungi soya buat Amin, mana tahu ok kan lepas ni :)


harga pun boleh tahan, ni yang tin kecik

ni vitamin, ummi cakap Amin tak berapa nak makan, badan pun dah susut





Tuesday, October 22, 2013

Penyanyi, pelakon Noreen Noor meninggal dunia

Assalamualaikum semua...

 Al Fatihah
Gambar Noreen Noor yang dirakamkan pada tahun 2010 ketika temubual dengan wartawan Utusan Malaysia Muzlina Abu Bakar. - UTUSAN/JEFRRI IRAN

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, dekat sini.
Allahyarhamah yang berusia 54 tahun meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.
Dalam pada itu, seniwati negara, Datuk Sharifah Aini dalam status laman Facebooknya turut bersedih dengan pemergian rakan seangkatannya itu.
"Al-Fatihah... Selamat beristirehat dan bertemu Pencipta Mu Wahai sahabatku yang dikasihi... Moga Allah himpunkan rohmu dalam kalangan mereka yang beriman... Ya Allah... Kau ampunkanlah kesemua dosa sahabat ku.... Mari kita semua mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah di alam barzakh. Amin Ya Allah," tulis Sharifah Aini.
Selain menyanyi, Allahyarhamah turut popular dengan lakonan dalam filem wira Angkasa, Pelumba Malam dan Hantu Siang. - UTUSAN ONLINE


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, October 17, 2013

Sukatan Ubat..

Assalamualaikum semua..
Sekarang ni Amin kerap je demam malam. Pergi check up semalam , bagitau amin still makan ubat tapi masih juga dengan demam, batuk dan selsema serta cirit birit. Akhirnya doktor bagi antibiotik yang baru buat Amin. Di kaunter ubat, pembantu kesihatan tuh bagitau sukatan ubat yang sebanyak 6ml untuk Amin. Terkejut dibuatnya, berapa 6ml? Iyer kak, 6ml, katanya. Saya pun bagitau, eh selama ni 2.5ml je sukatan ubatnya kalu dia kena ambil, sedangkan anak saya yang berusia 5tahun pun baru 5ml, apatah lagi bayi 10bulan ni 6ml. Kak, sukatan klinik kerajaan bagi mengikut berat badan, bukannya mengikut umur, tambahnya lagi.
Google punya google dapat la artikel ni kat sini 
Ibubapa mana yang tak bimbang bila anak- anak demam , kan? Melihat wajah yang selalu gembira jadi monyok, biasanya aktif berbaring atas katil dan selera makan yang hilang, selalunya kita sebagai ibubapa akan tak senang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.
Berikut disertakan petua bagi meredakan demam anak- anak:
1. Pastikan anak betul- betul demam
Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.
2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.
3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.
Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.
Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.
HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA
Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL
Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.
Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.
4. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.
Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.
Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.
5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah
Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.
Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.
Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.
6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.
7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.
Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.
Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen
Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.
Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).

Saturday, October 12, 2013

Cirit birit...

Assalamualaikum..

Malam tadi jam 11 lebih, Amin yang dah tidur terbangun. Merengek2, ingatkan kenapa rupanya dia sakit perut, cirit birit. Hingga ke pagi dia dah 2 kali tukar pampers. Setiap kali menyusu, dalam setengah jam mesti keluar balik. Makan pun takmo.
Apa yang mama makan yer??? Musykil jugak.

Petangnya pergi klinik Fuziah, suhu badan 39c, apa lagi sumbat ubat buntut la jawapnya. Tanya doktor pulak masalah cirit birit, katanya mama yang salah makan, ermmm...

sian anak mama, dah susut badannya...
org kata nak ringan badan sebab nak berjalan..

Friday, October 11, 2013

Ketam oh ketam!!!

Assalamualaikum..

Jeng3...

Malam tadi kitaorang makan ketam menu makan malam.
Lama dah tak meratah ketam macam ni, kalu nak meratah tu kena balik Sabah baru merasa, maklum la kat sana kan murah. Kat semenanjung jer mahal.

Ni import dari Sabah, mmg fresh lagi..
4 ekor semuanya..

Yummy!!!!!!

sebelum

 selepas

Amacam, terliur tak???

Monday, October 7, 2013

Fadhilat Bulan Zulhijjah

Assalamualaikum semua...

Untuk pengetahuan semua pada 6hb Oktober kita telah memasuki Bulan Zulhijjah untuk tahun 1434Hijrah.

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. telah menerangkan tentang fadilat puasa di bulan Zulhijjah iaitu:-
  1. Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam a.s. telah diampunkan Allah.  Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampuni oleh Allah.

  2. Tanggal 2 Zulhijjah doa Nabi Yunus diperkenankan Allah.  Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka pahalanya sama seperti ia berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seolah tidak pernah melakukan maksiat walau sedikitpun.

  3. Tanggal 3 Zulhijjah doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah.  Sesiapa yang berpuasa pada hari itu maka doanya juga akan diperkenankan oleh Allah.

  4. Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan.  Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar ia dari kefakiran dan kemelaratan dan di hari kiamat ia akan dimasukkan dalam golongan yang terhormat.

  5. Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa dilahirkan.  Sesiapa yang berpuasa pada hari itu terlepas ia dari sifat munafik dan dari siksa kubur.

  6. Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu kebajikan untuk nabi-nabiNya.  Sesiapa yang berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat serta terlepas ia dari azab.

  7. Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahanam akan dikunci.  Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dikuncikan oleh Allah 30 pintu kesulitannya dan dibukakan 30 pintu kemudahan.

  8. Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih anaknya Ismail.  Seharian ia berfikir sama ada perintah itu datang dari Allah atau syaitan.  Hari itu dinamakan dengan 'Tarwiyah' (hari berfikir) oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diberi oleh Allah pahala yang tidak terhitung banyaknya hanya Allah sahaja yang mengetahui.

  9. Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan.  Oleh itu hari itu dikenali dengan nama 'Arafah' (hari tahu).  Sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan oleh Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

  10. Tanggal 10 Zulhijjah adalah hari raya Aidil Adha (hari korban) juga dikenali dengan nama hari 'Nahar' (menyembelih).  Sesiapa yang berkorban pada hari itu dengan seekor korban dan pada setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan tersebut Allah akan mengampuni dosanya dan dosa ahli kaum keluarganya (haram berpuasa pada hari ini).

  11. Sunat bersedekah pada hari itu dengan satu sedekah maka akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat dari bukit Uhud.

  12. Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti...
  • Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya
  • Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha.
  • Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika ianya tidak terlalu jauh.
  • Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hinggalah terbenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Maghrib pada malampertama awal Muharram.


    Sekian.

Friday, October 4, 2013

Beralih bulan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,  genap usia Amin 10 bulan. Makin membesar anak mama, sekejap je masa berlalu :)
Ni gambar sebelum botak.

 merangkak laju jer

dah pandai berdiri..tapi tak berani lagi nak lepas tangan

terkini, dah botak kepala..hahaha

Tapi tulah, tiap kali beralih bulan mesti tak sihat..malam tadi demam pulak, batuk berjangkit dari kakak Tiha....:(
Pagi tadi jam 5pagi dah terjaga dari tidur, nasib baik tak meragam.

Cepat sembuh yer anak mama...


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers