Friday, January 28, 2011

Team Bowling KLIA


Bukannyer mudah nak mengendalikan sesuatu majlis ini tambahan lagi nak memuaskan hati orang lain. Kali ini kitaorang bernekad (ain, shima n aku ler) apa yang dirancang berjalan juga. Sampaikan tak lena tidur, diserang migrain pun ada bila memikirkannya..(ahaks)
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah pertandingan bowling n lucky draw.

Kini hari yang ditunggu2 telah tiba..

PERASMIAN TEAM BOWLING KLIA

Tarikh : 28 Januari 2011

Masa : 6.00 petang

Tempat : Arl Bowl, Alamanda


Kita posing dulu...
Pemenang Lucky Draw (memang bertuah lah aku)
Pemenang bagi perserta perempuan Individu
Pemenang Peserta Lelaki Individu
Alhamdulillah majlis ini berjalan lancar dengan jayanyer walaupun ini kali pertama terlibat sama menguruskan majlis ini :), kepada semua AJK yang membantu terima kasih atas kerjasama anda. Kita berganding bahu lagi untuk tournament akan datang..tungguuu!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, January 3, 2011

Tiha ke Sek PASTI

Alhamdulillah, tahun ini Fatihah mula masuk sekolah. Hari ini hari pertama dia masuk kelas, mulanyer temankan dia duduk dalam kelas, tapi jam 9.00pg, "mama, mama pergilah balik"....apa lagi horeyyyy!!!!. risau jugak kalu dia suh temankan sampai habis kelas..alamatnyer nanti mamanyer belajar sekali..risau jugak sebab ada juga budak2 lain yang menangis takmo masuk kelas...yess, Tiha berani!!!
Tiha bersekolah di PASTI, Bukit Changgang...

seronoknyer Tiha da dapat kawan, ADIRA
wajah ceria Tiha
sebelum belajar didahului baca doa
Tiha, sekolah rajin2 n belajar pandai2 supaya menjadi anak yang berguna pada agama, bangsa n negara...juga menjadi anak yang solehah..
Uniform belum dapat lagi jadi kena la pakai baju kurung g sekolah dulu yer...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru


Alhamdulillah....
Selamat tinggal 2010 dan muncul pula 2011. Bertambah satu usia lagi umur ku..huhu
Azam tahun baru??? tak reti la nak berazam-azam ni...ada ke derang kata tambah anak yang ke-3? Insya Allah kalu ada rezeki.. Hikss
Sempena tahun baru 2011, semoga diri ini dan keluarga sentiasa ceria, baik2 belaka dan yang paling penting agar berubah menjadi yang lebih baik ....AMIN

Kepada semua rakan2 "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU"



Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers