Thursday, December 31, 2009

Ambang 2010

Selamat Tahun Baru, 2010 kepada semua
Semoga kehidupan di tahun mendatang ini seputih, seindah, secerah bunga mawar putih ini
Alhamdulillah tertunai jugak hajat nak sambut New Year kat rumah baru, thank you very much to my Dear OVA...

Sunday, December 27, 2009

Selamat Pengantin Baru

Kepada Mahazir n pasangannye, Rehan
Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia n kekal hingga ke akhir hayat
AMIN.....



Thursday, December 17, 2009

Fire Drill Exercise

Fire Drill Exercise telah diadakan di AMC
Antara gambar yang ada......
berpanas kitaorang semua kat luar nih...hihi






Saturday, December 12, 2009

Tindik

Tiha memang dah lama mintak tindikan telinganya, "mama, tiha nak pakai anting2 macam kak diana n kak anis"...kebetulan masjid KLIA ada buat program 'Majlis khatan n bertindik sempena cuti sekolah ni, jadi ambik peluang lah joint sekali tindikan tiha n syirah.

perasmian majlis oleh En Daud Hosnan selaku Nazir masjid
di dalam dewan
tiha diapit oleh anis n diana
peserta2 khatan n tindik
tiha rileks jer
syirah nangis
peserta2 khatan disiram

dan diarak
inilah hasilnyer.....

Tuesday, December 1, 2009

Doa Pendinding

Untuk panduan kita semua

Terhindar Daripada Bahaya


* Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


* Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
* Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

* Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

* Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
* Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau
* Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
* Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

* Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
* Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
* Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Monday, November 30, 2009

Emergency Leave

Dulu usia Tiha 6 bulan sudah disahkan ada asma, sampaikan kena admitted kat Hospital Banting. Kalu dia kena batuk dan takmo makan ubat menjadilah asma dia ni, tido tak lena, bernafas pun laju...Kena p klinik ambik nebulizer baru la dia ok, pulih sediakala.
Ni gara2 makan buah tembikai banyak n takmo makan ubat, tambah lagi sekarang ni musim hujan n sejuk. Hari ni mama kena EL jaga Tiha. Alhamdilillah syirah tak ikut jejak Tiha ni.
Sekarang ni Tiha dah berani n pegang sendiri. Dulu punya lah dia nangis2 takut dengan benda alah ni..hiks


Thursday, November 26, 2009

Al- Fatihah

Pagi ni kitaorang semua terkejut mendengar berita pemergian bb kak ct. Kak ct terpaksa menjalani pembedahan petang semalam (lepas maghrib) di Hospital Putrajaya kerana ada masalah kurang air ketuban . Arwah telah kembali ke Rahmatullah jam 1 lebih pagi tadi.
Pada kak ct n abg zali banyakan bersabar n tabahkan hati mungkin ada rahmat di sebalik kejadian ini.

Gambar ini diambil semasa kitaorg pergi melawat cikpah n bbnyer..
Alhamdulillah , kak ct nmpaknyer tadi tenang( ni kitaorang baru balik melawat kak ct di Hospital Putrajaya)

Tuesday, November 17, 2009

Ammar Danish Hariz

Tahniah buat Mazlin n suami, atas kelahiran anak ke2 mereka.

Inilah wajah Ammar Danish Hariz pada usia 19 hari.
dilahirkan pada 23/10/2009 secara pembedahan di Hospital Seremban.
(sebijik ghupo bapak eh!!)

Insya allah bulan Januari 2010 giliran aida pulak nak sambut bb baru...kita tunggu!!!!!!!!!!!!!!!
to aida"Good Luck n Happy Go Lucky"
mudah2an semuanya selamat..AMIN
inilah wajah ceria aida kita...chaiyok!chaiyok!!!

Monday, November 9, 2009

10 'k'

Agak lama jugak saya tak update blog ni, bukannyer apa sejak berjinak2 dengan fb ni tambahlagi tengah asyik bercucuk tanam dekat farmville.
sampaikan hb perli "bukannya dapat hasil pun"hiks..
sambil2 tu jengah jugak blog member2, mana yang boleh dikongsi saya copy paste untuk dibuat renungan bersama.

Setiap orang dianugerahi Allah dengan kelebihan, kebaikan dan keindahan masing-masing. Begitu juga dengan kekurangan, keburukan dan kelemahan masing-masing.

Begitulah sunnatullah. Begitu indah sekali aturan-Nya. Betapa adilnya Dia, menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

Setelah menimba pengalaman bersahabat dengan ramai orang, saya ingin membuat kesimpulan mengenai 10 ‘K’ yang perlu dalam sesebuah persahabatan.

“Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!”

10 K dalam PERSAHABATAN

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).

* KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.

* KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

* KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

* KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

* KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham (hehehe).

Alhamdulillah, itulah dia 10 K yang dapat saya simpulkan mengenai persahabatan.

“Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?”

pasti jawapannyer ada pada diri sendiri.

Thursday, October 29, 2009

Sitevisit new Corp Office.

Dulu kalu nak hantar s/o, kitaorg turun je kat finance, level 3 tapi sekarang kena hantar by email sbb unit finance dah berpindah ke Corporate Office bersebelahan dengan masjid KLIA. Pada awalnyer memang ada hati jugak nak perpindah ke office baru maklumlah dekat dengan kawasan rumah, tempat kerja/suasana baru n semua serba serbi barulah. hiks
tapikan, dah takde hatilah nak pindah office sana, (boleh gitu)..
kebetulan petang semalam nak g hantar s/o kat sana, kitaorg p la jengah office baru derang kat sana, kitaorg p unit finance n bahagian hr service.
no komen la..tapi apa yang nyata 2 kali ganda ok dari office kitaorang yang ada sekarang ni, buat masa sekarang ni alhamdulillah unit kitaorg tak kena pindah kat sana, tapi dengar2 kata akan berpindah jugak kitaorng ni dari AMC tapi tak tahulah bilanya ..hua hua

masjid KLIA
new office
tgk tuh ada bumbung yang dah terbukak, air hujan menitik2 lagi
kebetulan hujan lebat petang semalam
cpu kena letak kat bawah meja ni
posing jap
kabinet yg telah siap disediakan
ala cukup2 muat jer
2 kali ganda apa yang ada sekarang ni

Tuesday, October 13, 2009

Jamuan aidilfitri 09

Hari makan2 sedunia, huhu
stage made in 'billing staff unit"

cik fas yang kitaorg paksa nyanyi atas pentas....hiks
staff billing unit
en aw, en as, fida, lina, aida, arny, mazlin n nurul
diana n ummar (tiada dalam gambar)
kaknis, nida, azma
lina, fida n yati

Monday, October 12, 2009

Apa yang penting "KERJASAMA"

Hari ini tibalah masanyer kitaorg, staff unit billing bekerjasama untuk tugasan iaitu menghias background stage bagi 'jamuan hari raya ma sepang 2009' yang akan diadakan esok hari. lepas kami semua breakfast, kitaorg ke rooftop iaitu tempat bg jamuan yang akan diadakan seperti tahun yang lepas. Alamdulillah kami semua dapat melakukannyer dengan jayanyer.

muka penat En Aw n En As
sebahagian dari hasil tugasan kami
gunting-menggunting n tampal menampal
tiup meniup belon, somput nafas den...

tengok makyong tuh, nak jugak tiup belon...
dah tiup, ikat pulak belon tuh...

Saturday, October 10, 2009

Jamuan Hari Raya MAB

Tahun lepas buat kat PICC, kali ni buat kat Pan Pac KLIA. Sampai2 jer , tgk acara dah bermula (acara makan2)hahah. Carik meja kosong semua dah penuh, apalagi besila la kitaorg kat lantai...makan punya pasal tak apa, apa yang penting"KEKENYANGAN"huhu

ramai jugak yang makan bersila, bukan kitaorg je tau...
dah habis makan, barulah dapat meja kosong kat dalam...
tiha n ibunya
stage(untuk jamuan MA Sepang, my unit kena hias stage pulak)
bersama permata hatiku