Saturday, February 28, 2009

Kesibukan & Insyirah

"ton sejak ko pergi akak la yg kena ambik alih tempat ko ni buat sementara waktu sampaikan takde masa nak update tihasyira blog ni" hehe

Tapikan bila difikir balik bagus jugak, kita dapat belajar benda yang baru.

***************************************************************************************
Insyirah, insyirah...
dah 8 bulan da usia anak mama ni
makin cerdik, makin pintar, makin panjang akal
ni la antara aksi2 insyirah


Thursday, February 26, 2009

Salam perpisahan

ton, esok akak cuti...
jadi akak bergamba la ngan eton tadi, boleh la buat kenang2an

apa2 pun:-
selamat bekerja di tempat baru
jangan lupakan akak ye
terima kasih atas segalanya
halalkan makan n minum
semoga eton cepat2 dapat bb

minggu ni minggu last eton bekerja di MAB
eton P.A pada GM Engineering
dan eton dapat kerja kat GOMENT

pepe'TAHNIAH BUAT ETON'

Wednesday, February 25, 2009

Renungan

Tazkirah : Usah ungkit kebaikan dibuat
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

ADA banyak perkara yang kita tidak boleh lupa. Kita tidak lupa ibu bapa, kita ingat harta benda dan antara yang kita tidak lupa ialah kebaikan yang pernah kita lakukan.

Malah, sesetengah daripada kita apabila berjumpa orang yang pernah kita berjasa, teringat jasa kita.

Kalau itu yang kita teringat, kita akan sentiasa banyak mengungkit dan mungkin nanti akan ada banyak halangan dalam berhubung sesama manusia.

Dalam pertemuan kali ini, mari kita mendengar pesanan dan nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Pesannya: "Wahai anakku, hendaklah kamu ingat kebaikan orang dan lupa kejahatan orang. Dan hendaklah kamu lupa kebaikan kamu terhadap orang dan ingatlah kejahatan yang kamu lakukan kepada orang."

Mari kita perhalusi pesanan Luqman di atas.

1. Mengingati segala kebaikan yang dilakukan orang lain kepada kita. Apabila kita ingat kebaikan orang, kita akan berasa kekurangan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain dan kita akan berusaha melakukan kebaikan.

2. Mengingati segala kejahatan yang kita lakukan. Ini supaya kita tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan kita terhadap orang lain.

3. Lupakan kebaikan yang pernah kita lakukan. Apa-apa kebaikan yang pernah kita lakukan hendaklah kita lupakan, kerana Allah saja yang dapat menilai apa yang kita buat.

Ditakuti nanti, apabila kita sentiasa ingat kebaikan yang kita lakukan, menyebabkan syaitan akan memaut hati kita dan membisikkan supaya mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan.

Orang yang mengungkit kebaikan yang dilakukan menyebabkan amalan berkenaan menjadi sia-sia dan tidak bernilai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang mengungkit kebaikannya sama seperti daun kering yang dijilat api."

Betapa ruginya amalan perbuatan terbabit. Habis begitu sahaja hanya dengan sekali ungkitan.

4. Lupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita. Sebagai manusia, memanglah susah untuk kita melupakan kejahatan yang pernah dilakukan orang terhadap kita.

Bagaimanapun, agama kita menuntut supaya melupakan kejahatan mereka. Kita perlu melawan supaya kita boleh lupakan kejahatan orang lain.

Apabila kita melupakan kejahatan dan kesalahan orang lain, kita dapat membantu dan menolong mereka dengan melakukan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Orang yang baik ialah orang yang berbuat baik kepada orang membuat baik kepadanya dan membuat baik kepada orang yang membuat jahat terhadapnya."

Lupakan kejahatan orang terhadap kita. Tiada guna mengingati kejahatan dan kesalahan orang kerana ia boleh merosakkan akal serta kebahagiaan hidup kita, malah menjadikan hidup kita tidak ceria.

Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam segala tindakan tanpa mengingati dan mengungkit kebaikan yang dilakukan supaya mendapat keredaan Allah serta kebahagiaan dunia mahupun akhirat.

Monday, February 23, 2009

Upin & Ipin

Hari ni p alamanda bawak tha n maisa g GSC, tengok Upin&Ipin. da lama saya tak p tgk wayang ni, masa dulu2 je masa zaman ank dara p tgk wayang. sejak dah berkahwin ni,  inilah first time nak g tgk wayang ni. huhu

sementara tunggu movie start, tha sempat  msuk kedai game ni

maisa n tha

Ke rumah Mak Wek@Giant?

Pepagi lagi saya ke kedai nk beli bahan2 nk wat mee kari, ye lah asyik mkn nasik je, rasa bosan pulak..huhu. tetiba diana datang, (ank pengasuh pada ank2ku), 'cik, tha da bangun ker? kitaorg nk balik kg hari ni',  kata diana.
tetiba ayah diana datang bg ayam kg 2 ekor, alhamdulillah rezeki.
al kisah tha da bangun tdo, dia p la rumah ibunya. sedang asyik saya membersihkan ayam di dapur, ye la nk kena cabut buluayam, nk potong lagi, terdengarlah tha bg tau nk ambik bju, nk g umah makwek(panggilan nenek diana).  dalam hati saya, ni mesti derang mengajak tha balik kg, adeh.  terus saya capai hpon dan call abah tha, 'bang tha nk ikut derang balik kg tapi derang tdo sana'. setelah dipujuk oleh abah tha melalui telefon keputusan tha tetap sama iaitu mahu ikut derang jugak...(abg ckp kalu tha tak ikut derang, nnti kita p giant). 'ok la nnti mama p giant bwk insyirah je tau, kitaorg nk naik kuda', kataku. pergilah tha ke rumah ibunya bwk beberapa psang baju n bekalan susu. selang 5minit kemudian, tha balik umah, 'nk ikut mama p giant la', kata tha. dalam hatiku 'alhamdulillah'..kitaorg bukannye tak bg tha ikut tapi yelah,  sekarang ni bila mlm tha terjaga mesti ckp 'nak mama, nak mama, mama baringlah sebelah tha ni'. huhu..

sukanye.....insyirah


antara kuda2 yang ada di giant....
dan 2 ekor kuda2 inilah pilihan tha
kuda besar ada, kuda kecik yang dinaiknya..

Thursday, February 19, 2009

Tag 'First Born Journal'

Sent at 11:33 AM on Thursday
fatihahdamia: wtper
kekenyangan ker
rosesbeauty: tgh buat tag
fatihahdamia: huhu
rosesbeauty: nanti aku pas tag ni ko buat ye :)
fatihahdamia: huhu
Sent at 12:11 PM on Thursday


1. Was your pregnancy planned?

Semua org lepas berkahwin mmg inginkan zuriat. Bak kata org zuriat ni penyeri rumahtangga. First pregnant sempat rasa sebulan lebih je kandungan (takde rezeki sbb mengalami keguguran dan buat D n C di Hosp Putrajaya). Mmg sedih sesangat sbb first pregnancy. Lebih menyedihkan lagi masa berpantang di kg masa tu, rumah sewa yg diduduki telah dimasuki org (rantai kawin, cincin pemberian ibu mertuaku, duit rm150 n beberapa brg kemas yang lain kepunyaan ipar telah diambil oleh org yang tak berhati perut tu) . Kejadian ini berlaku tanpa pengetahuan dan disedari oleh hb saya. Kembalinya saya ke rumah sewa, baru saya perasan akan semua kehilangan barang2 tu. Walau apa2 pun saya redha ketentuan ALLAH, mungkin ada rahmat disebalik kejadian.

Tahun 2005, saya disahkan mengandung lagi. Syukur Alhamdulillah.


2. What was your second choice name for your opposite gender name?

Apa2 saya carik nama bb girl je not bb boy sbb pengharapan kelahiran pertama ni lebih pada bb girl. Saya suka akan nama DAMIA. Yang my hb pulak nk letak nama Surah, Al-Fatihah. Jadi kami gabungkan nama SITI NUR FATIHAH DAMIA


3. What were your reactions?

Alhamdulillah, suka sesangat


4. How old were you?

27


5. How did you find out you were pregnant?

Org selalu ckp kalu dah mengalami keguguran, takut berlaku lagi kandungan seterusnya, tapi alhamdulillah bila disahkan mengandung lagi ni saya jaga kandungan saya sebaik mungkin n banyak2 berdoa kepada ALLAH agar diri ini dan kandungan saya selamat.


6. Who did you tell first?

Suami then keluarga


7. Did you want to find out the sex?

Tak jugak. Saya prepare beli barang2 pun usia kandungan 7 bulan n tak kisah beli warna pakaian walaupun dah tau jantina bb. kebayakan warna putih. Mak siap ckp lagi yang warna kuning2 jgn beli dulu…(biasa la org tua2 punya petua, takut bb kena jaundice) alhamdulillah TIHA tak kena jaundice yang serius.


8. Due date?

04 januari 2006( ontime bb born -12.45am)


9. Did you have morning sickness?

Memang ada.


10. What did you crave?

Alhamdulillah, tak teringin yang pelik2.


11. Whom/what irritated you the most?

Aah,cam ko jugak azma, kepanansan . Kekadang tidur berkemban. HUHU


12. What was your first child's sex?

Perempuan


13. Did you wish you had the opposite sex?

Sebenarnya saya tak kisah tapi kalu boleh mmg nak perempuan, sbb nnti leh tolong mamanya buat kerja rumah.


14. How many pounds did you gain throughout the pregnancy?

Tak ingat la, tapi lebih kurang cam second pregnancy ni. Awal pregnant 60kg n last pregnant 73kg kot


15. Did you have a baby shower?

Tak ada.


16. Did you have any complications during your pregnancy?

Alhamdulillah, tiada.


17. Where did you gave birth?

Hospital Banting.

Pada asalnya saya nk bersalin kat Hosp Putrajaya memandangkan ada rekod saya kat sana, tapi amat mendukacitakan pihak Hosp mengarahkan bersalin di Hospital Banting, katanya kawasan saya tinggal iaitu Kg Bukit Changgang adalah kaw Hospital Banting. Mana2 pun tak kisah la, sakit bersalin sama je kan?????


18. How many hours were you in labor?

Sampai je hospital jam 3.30 ptg tu terus masuk bilik bersalin hinggalah bb lahir jam 12.45pg tu . jam 3 lebih paginya baru msuk wad.


19. Who drove you to the hospital?

My hb


20. Who watched you gave birth?

Bidan yang sambut bb tu.

Hb saya tunggu smpai la jam 11mlm tapi bininya tak bersalin2 lg sbb pintu rahimnya lom bukak 9sm lg, jadik my hb balik umah dulu.


21. Was it natural or C-Section?

Semulajadi


22. Did you take medicine to ease the pain?

Tak, minum air selusuh jer.


23. How much did your child weigh?

Yang pertama 2.9kg n second 3.2kg


24. When was your child actually born?

04 januari 2006.


25. What did you name him/her?

Siti Nur Fatihah Damia

Siti- permulaan nama isteri nabi

Nur-cahaya

Fatihah- surah

Damia- bijak, berkat


26. How old your first born today?

3 tahun


27. Would you do it again??

Yang second ni pun perempuan lagi, tp derang ckp muka cam lelaki. Apa taknya masa second pregnant ni mmg suka tgk muka sorang mmt ni , harap2 dapat la bb cam mukanya, alhamdulillah bb girl lagi.

Tak kisah apa2 jantina bb ni yang penting anak2ku sihat dan selamat.


28. Tag??

Sapa ye???


to azma-aku dah jawap yer!!






Wednesday, February 18, 2009

Lipstik@Darah

Alangkah terkejutnya pagi tadi saya terlihat keadaan dinding rumah macam ni rupanya, "ya ampun.......... apa lah si tiha ni buat???"tah bila masa la dia buat kerja ni malam tadi..agaknya masa mama tidurkan insyirah dalam bilik malam tadi ye...



ni la lipstik saya yang digunakan oleh si tiha tanpa saya menyedarinya


Monday, February 16, 2009

Blogger

hari isnin hari yang membosankan...
nak buat kerja, tangguhla dulu..
dengan terlebih sudah akibat breakfast yang berat..(rezeki lauk kenduri, tq bukk)
kemalasan melanda dengan sakit tekak lagi..
apa nak buat ni??..blog??

"bukk, moh ajarkan aku buat blog"
"boleh ajer"

tq2



Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers