Monday, August 31, 2009

Salam Kemerdekaan yang ke-52

Tahun ini semua rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan yang ke 52 pada hari Isnin bersamaan 10 Ramadhan. Sempena cuti ini jugak saya mengambil peluang untuk pulang ke kampung di N9 dan berpeluang berbuka puasa bersama2 kedua orang tua dan adik beradik yang lain.
Antara juadah berbuka puasa pada hari sabtu yang lalu.

ada mee kari (kuah kari)
ayam panggang,kuih buah melaka, air sirap bandung cincau
cendol (lupa nak snap pulak)
aktiviti memanggang ayam
barulah betul2 'ayam panggang' sbb atas tanah lagi kena panggang.
anak sapa la ni........ekekek


Friday, August 28, 2009

H1N1 semakin rakus

Salam hormat dan salam sejahtera,

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita,
Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat
membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini
tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya
atau miskin seseorang itu. Baik rakyat biasa, mahupun golongan diraja. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.

Awal pagi tadi, saya ada menerima satu email dari seorang rakan online saya yang memaklumkan bahawa terdapat satu Laporan Penting tentang H1N1 yang disebarkan secara PERCUMA oleh seorang rakan kita, saudara Razif sebagai salah satu sumbangan beliau kepada masyarakat. Saya dah pun download laporan tersebut dan ia mengandungi maklumat-maklumat penting yang selama ini kita tidak tahu. Saya nasihatkan anda supaya download segera laporan ini untuk manafaat bersama.

Klik link di bawah untuk download laporan tersebut:


Kebanyakan kita memandang ringan isu H1N1 ini. Percayalah, ia hanya dapat dibendung jika kita sama-sama berganding bahu memeranginya. Oleh itu, kami berharap agar anda dapat bantu menyebarkan Laporan ini kepada seramai yang mungkin.Sekurang-kurangnya anda forwardkan email ini kepada kenalan-kenalan anda.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari laporan penting ini untuk kebaikan bersama.

Anda boleh dapatkan disini:


(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)

Semoga bermanfaat...!

Bersama kita mencegah H1N1 ini...

Ikhlas dari saya.
fida


Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa-1430H

SELAMAT BERPUASA KEPADA YANG BERAGAMA ISLAM

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa

Umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan

Hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih Ada )

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah Kita

Bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat Dan yang meng-aminkan adalah

Rasullullah Dan para sahabat, Dan dilakukan pada Hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun Dan maaf jika saya Ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga Kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati Dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Tuesday, August 11, 2009

Safety campaign 2009

Kempen Keselamatan anjuran Malaysia Airports telah diadakan di ADU.


Launching event
Antara aktiviti yang dijalankan adalah menderma darah.
ni kali ke2 saya menderma darah, tengok muka releks jer.ekekek
tgk si anis ni, kata dah 3 kali derma darah tapi muka cuak jer.
dah la org yang pertama landing, tapi dia jugak la yang last sekali.agaknya darah dia manis kot tu la pasal lambat darah nak keluar.ekekek

Saturday, August 1, 2009

Syirah oh syirah

Sekarang ni kalu ambik insyirah dari rumah ibunyer, mesti ibunya ngadu pasal syirah. sekarang ni syirah tak berhenti nak jalan, kalu berjalan tu macam takde brek. panjat sana sini memang dah tentu, bukak almari selongkar pakaian, buku2 memang habit dia sekarang ini. kalau masa nak hantar ke rumah ibunya syirah dah bangun dari tidur, jawabnya ibu dia cakap radio syirah berbunyi. apa taknye syirah nak mintak dukung je pepagi tu, kalu dia dia nampak kita berdiri maunya dipaut kaki kita n lentikkan badan dia mintak dukung. kalau kita tak dukung mulanya dia menangis....
yang kakaknyer pulak si tiha, sekarang ada perasaaan dengki kat syirah. ibunya ngadu kalu syirah tido, kakaknyer mula la buat bising. memang betul pun, kat rumah mama tgk pun sama suka buat adiknya nangis.

kebetulan dapat snap gambar syirah pakai tudung
comelnya



Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers