Thursday, December 30, 2010

Widiana Farewell

Kali ini Billing Operation Unit kehilangan seorang pekerja yang yang ceria, berdedikasi dan semuanya serba boleh iaitu Widiana bt Mohd Ani....
Diana ke unit Corp. Planning di HQ.
Apa2 pun ucapan dari kami unit billing ni semoga hubungan kita berkekalan n semoga ceria di tempat baru ye.. :)
Kali ni kami semua makan di Piza Hut, BBN pada 30/12.2010
En Bos tak dapat joint event ni...al maklum la ada tetamu datang rumahnya.


ravi, aw n sabry
lina, diana n mazleen (sedang menikmati pizza)
wajah ceria diana(tengah)
nurul, arny n aida
antara menu2 yang kami order

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita

bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalahRasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam di muka bumi ini, semoga Ramadhan kali ini memberi makna kepada kita semua...AMIN

Tuesday, June 29, 2010

Syirah besday

Derang diana, tiha, syirah n anis together2 potong kek besday ...

Siti Nur Insyirah Dania
lahir pada : 29hb Jun 2008 (7.59pm)

Selamat u/tahun yg ke-2, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik oleh ALLAH serta menjadi anak yang baik , anak yang mendengar kata serta anak yang pintar, cerdik dan pandai..
AMIN..

syirah tiup lilin
derang ni asyik gaduh jer..ahakss



Saturday, June 26, 2010

Outing@Giant

Hari ni abah derang ni keje pagi..lepas je mandi c syirah ni mengajak p jenjalan...
"jom alan, jom alan".....

mana lagi ke Giant, Nilai kitarang ber3 pergi...

permata hatiku berposing @ KFC

syirah n tiha

syirah

tiha

playground kat Giant

Thursday, June 10, 2010

LGK-2010

First time joint sukan Inter Airport, sebelum ni saya joint untuk Division jer.
Kali ni Airport Langkawi jadi tuan rumah, 2 tahun lagi MA Airport Technologies pulak yang ambik alih.
Berada di Langkawi pada 5hb -9hn Jun 2010.


Pingat yang dibawa pulang dari Langkawi
team KLIA

KLIA Juara Keseluruhan Sukan Malaysia Airports

LANGKAWI: Lapangan Terbang Antarabangsa KL menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia Airports Holding Berhad yang berakhir di sini malam tadi.

KLIA meraih tujuh acara iaitu badminton (wanita), tenis, sepak takraw, ping pong, catur, karom dan perbarisan terbaik.

Bagaimanapun, dalam acara bola sepak, KLIA tewas kepada gabungan Lapangan Terbang Langkawi dan Lapangan Terbang Alor Setar menerusi tendangan penalti.

Seramai 800 warga kerja Malaysia Airports mewakili 12 kontinjen dari seluruh negara menyertai temasya sukan lima hari itu yang mempertandingkan 16 acara.

Pengerusi Malaysia Airports Tan Sri Dr Aris Othman menyampaikan hadiah-hadiah.

- BERNAMA


Sunday, May 23, 2010

Agak lama jugak tak update blog "Permata Hatiku ini, maklumlah kesibukan dengan FB. Ahaks
Kitaorang round the world dari Nilai ke Banting..
dan hasilnyer inilah...
sian anak2 mama ni

memula derang tidur menegak....
masuk je selekoh derang dah rebah
Playground kat Giant, tak sah kalau tak singgah tempat ni
syirah, matanya dah layu nak tido
sayang c kakak pada c adik

Sunday, February 28, 2010

ALLSTARPerfumes


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Program HEBAT bersama PRODUK ALLSTAR PERFUMES, dengan Modal RM 60.00, anda mampu menjana pendapatan sampingan sehingga RM RM85,950.00. Malah tidak mustahil jika berusaha untuk lebih dari itu.

Untuk maklumat lanjut;


Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.

Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk HEBAT ALLSTAR PERFUMES, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.

Terima kasih
---
AFIDAH BT ABD RASHIF


Pati minyak wangi TANPA Alkohol ALL STAR Perfumes (ASP) adalah merupakan ekstrak asli dan mempunyai haruman yang sangat kuat. Sila gunakan sedikit sahaja. Penggunaan pada pakaian akan mengekalkan haruman istimewa ASP untuk tempoh sehingga 72 jam!

layari web di bawah ini:





Monday, February 15, 2010

Hargailah Isteri

**Pedoman untuk kita semua**


Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri

ini pada keluarga, suami dan anak-anak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri

mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat

kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda,

sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja

dengan Tuhan.... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...

7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang

tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.

Cuti ini bukan cuti suka hati

tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .

sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis

nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,

Sepanjang dia mengandung

Allah sentiasa mengampunkan dosanya,

Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,

jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap

mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi

Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami

seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala

tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan

terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia

terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid

atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian

Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,

jadi dia pun memberi pahalanya kepada

suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan

isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung

terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan

diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik

dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat

Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.

Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak

kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir

kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan

wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,

She was not created from his head to top him,

Nor form his feet to be stepped upon,

She was made from his side to be close to him,

From beneath his arm to be protected by him,

Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...

ku tak layak ke syurgamu ...

namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...

kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...

jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..

ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,

dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah

meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini

di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah

'Laa ilaaha illalLah' ini.

Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa

ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:


"Laa ilaaha illallah!" x 10


Wednesday, February 10, 2010

ank aida

Tahniah buat aida , dapat sepasang ank ni boleh lah rehat dulu yer..hikss

Nama: Tuan Syed Mohamad Zuhaily
Lahir pada 4 januari 2010 di Hospital Batu Pahat, 2.53 pm, berat 3.75kg.
wah, baby michelin......
Nama manjanya "Ali"



Sunday, January 24, 2010

Funfair

Tunaikan permintaan Tiha untuk ke funfair di Banting.
Bukan main seronok lagi c tiha ni, yang syirah pulak badan tak sihat pun terus jadik sihat..hikss

tiha n syira
antara game yg tiha main


Wednesday, January 20, 2010

Derma darah

semangat kitaorg member billing nak p derma darah...

member2 engineering ni dah selamat derma darah
fas, aisyah n kak shikin
aku je kali ni tak lepas nak derma darah, maklum la ibu menyusukan anak(kalau derma jugak maunyer zat kalsium aku bertambah kurang), hiks
caya lah nurul, dia sorang je member billing yang lepas derma darah
suasana kempen
c lina ni memang tak lepas punya sbb dia ada history masa silam, kang tak pasal2 je sejarah berulang kembali
ni diana n mazleen lagi la tak lepas, derang ni baru lepas bersalin (operation pulak tu), tunggu lagi 6 bulan baru boleh buat amal jariah yer, hikss
takpe, bak kata nurul , nawaitu yang baik tuh pun dah dapat ganjaran pahala.

Sunday, January 10, 2010

Tampal2

Aktiviti yang semakin popular di AMC, aku jugak tidak ketinggalan turut serta..huhu
tampal menampal
tiha jadi model
buah2an
bunga ni syirah rajin dok kopek
basikal ni selamat sebab dok tampal kat atas

Saturday, January 2, 2010

Al-Ikhlas

Keberkatan surah al-ikhlas



Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan

keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka

akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah

dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah

dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir

solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,

seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka

yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya

menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu

sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,

akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan

sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan

dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara

kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari

sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya

mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada

Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa

yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.

Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya

sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.



Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)

israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu

sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang

sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah

Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada

orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya

Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu

tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap

malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu

ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah

pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam

itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya,

(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan

(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Wallahu a’lam


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers