Monday, March 28, 2011

Apabila Diri Dihina

Artikel dari web iluvislam untuk renungan kita bersama.

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  • Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
  • HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  • Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
  • Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

    Friday, March 25, 2011

    Rahsia Wanita Tanah, Api, Angin dan Air

    WANITA TANAH
    Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)

    Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa


    WANITA API
    Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember).


    Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan


    WANITA ANGIN
    Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari).

    Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja


    WANITA AIR
    Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac).

    Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

    Tuesday, March 15, 2011

    Honey Apple 3


    HONEY APPLE 3

    Pemakanan kesihatan yang membantu untuk memulihkan sistem dalaman badan untuk:

    1. Memanaskan badan
    2. Melancarkan perjalanan darah
    3. Menguatkan tenaga dalaman
    4. Meningkatkan kecergasan, daya ingatan, emos, kretaiviti, hafalan dan kepintaran anak-anak
    5. Melawaskan usus besar dan kecil
    6. Juga berfungsi sebagai: Anti-alergik, Anti-septik, Anti-anemia, Anti-ulcer
    7. Merangsang pemecahan lemak
    8. Menghalang peneyrapan atau timbunan lemak
    9. Meningkatakan metabolisme di bahagian tubuh tertentu
    10. Menyingkirkan air berlebihan dan bahan buangan (Pemparitan Limfatik)
    11. Melembapkan dan mengencangkan kulit
    12. Mencegah dan mengawal selulit
    13. Melangsingkan bonggol lemak yang tidak perlu terutama di bhgn perut, tepi dan belakang lengan, pinggul dan peha
    14. Meredakan sakit dan sengal sendi
    15. Menurunkan risiko masalah jantung dan barah
    16. Mengandungi anti-oksidan yang menjaga keishatan jantung dan pengelak barah
    17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru
    18. Meningkatkan kesihatan tulang dgn menambah bahan kimis (boron) padas mineral tulang
    19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dgn mengekalkan tahap kolesterol darah
    20. Membantu mengekalkan berat badan yang ideal
    21. Menghilangkan stress dan membantu tidur yang nyenyak, dan sebagainya

    Tips untuk kurus:
    Amalkan 1 sachet bersama air panas/suam sebelum breakfast dan 1 sachet bersama air panas/suam sebelum tidur selama 21 hari berturut-turut. InsyaAllah, beserta dengan diet yang seimbang anda akan dapat melihat penurunan berat badan.

    Tuesday, March 8, 2011

    Hari Wanita Sedunia



    Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac.

    Matlamat

    Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

    Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya. Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.

    Tuntutan wanita
    1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
    2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa. Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
    3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
    4. Sistem kehakiman yang lebih 'mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah. Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
    5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut. Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie.


    Nabi Muhammad dan Wanita

    Nabi Muhammad S.A.W menjadi contoh ikutan kita semua. Rasulullah adalah manusia pertama yang mengangkat martabat kaum wanita. Nabi menyuruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita, malah meninggikan lagi martabat wanita kerana wanita yang beriman itu umpama mutiara yang tidak ternilai harganya. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.


    Kepada insan yang bernama wanita kat luar sana "Selamat Hari Wanita"

    Ramai wanita boleh hidup & survive tanpa lelaki selepas bercerai, tapi ramai lelaki yang tak boleh hidup tanpa wanita...Women are always beautiful






    Daisypath Anniversary tickers


    Lilypie Kids birthday Ticker


    Lilypie Kids birthday Ticker


    Lilypie First Birthday tickers


    Lilypie Breastfeeding tickers