Thursday, November 14, 2013

Anugerah murid Mumtaz SRA Bukit Changgang 2013

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah , Fatihah dapat anugerah Mumtaz untuk tahun 1 di SRA Bukit Changgang.
Tahun depan harap2 dapat jugak , tapi untuk sekolah RTB pulak yer sebab tukar sekolah:)




Tuesday, November 12, 2013

Syirah Konvo


Assalamualaikum semua..
Majlis Graduasi Prasekolah Bkit Changgang 2013

Insyirah bersama rakan2 dan Cikgu Shekin dan Cikgu Ju




Sunday, November 10, 2013

Sepetang di Telok Kemang

Assalamualaikum semua...


Seronok budak2 mandi laut, Amin yang demam2 pun berendam. Takut jugak terkejut ke apa, tapi alhamdulillah takde apa2:).

Kitaorang pergi pantai Telok Kemang dengan Kaknor sefamily (ummi, yang jaga Amin).
Sampai2 terus je derang  berendam sampailah ke maghrib. Perjalanan dari rumah mengambil masa kira2 1 jam jugak lah.

Sekali sekala seronok jugak pergi berkelah :)

Monday, November 4, 2013

Salam awal Muharam

Assalamualaikum semua..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Peristiwa-peristiwa penting:

  • 1  Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
  • 10  Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

Jangan lupa ye kita sama2 baca doa :-



Friday, November 1, 2013

Cirit lagi..

Assalamualaikum semua..

Balik dari surau tadi dapat mesej dari Ummi yang jaga Amin  berbunyi 
"Salam bujang awak cirit balik ni, knp"?

Aduh puas pikir apa sebabnya, tapi takde jawapan.
Sejak dari hari yang Amin cirit hari tuh, dah  macam2 ikhtiar, ubat , tukar susu semua dah bagi. Hari tu nampak mcm dah ok, dari asalnya minum susu Dutch Lady Langkah 2, tukar ke Isomil dan yang terkini Lactogen.



Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mendapat cirit-birit?

Ramai ibu bapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidap cirit-birit kerana bagi bayi baru lahir, pembuangan air besar berlaku secara kerap. Pembuangan air besar yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau formulaNajis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan, dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari. 

Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan membuang air besar semasa atau sebaik selesai menghisap susu ibu. Ini berlaku kerana apabila perutnya diisi penuh, susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pembuangan najis. Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan akan membuang najis satu atau dua kali sehari sahaja. Pembuangan najis bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari dan najisnya biasanya agak kental dan berbau busuk. 

Najis cair yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Namun, bayi anda mungkin mengalami cirit-birit jika:
  • Selepas usianya mencecah sebulan, dia mengeluarkan najis yang busuk, cair dan berlendir (seorang doktor mengandaikannya seperti menghembuskan hingus ke dalam lampin bayi) pada kadar yang kerap iaitu membuang najis setiap kali menyusu. 
  • Dia juga demam atau berat badannya menurun. Bawalah bayi anda berjumpa pakar kanak-kanak atau doktor keluarga jika ini berlaku.


Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien. 

Cirit-birit juga boleh disebabkan oleh:


Bagaimanakah saya merawat cirit-birit bayi saya?

Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simptom-simptomnya dan mengelakkan daripada ternyahhidrat. Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Anda boleh cuba memberinya beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam. 

ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. Teruskan memberinya air dan susu badan atau susu formula seperti biasa. Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir. Dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.


Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit?

Ya. Elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit. 


Haruskah saya hentikan makanan pepejal?

Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya makanan pejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. 

Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan nyahhidrat. 


Bilakah saya harus menghubungi doktor?

Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda membuang najis yang cair selama lebih daripada dua hari, jumpalah doktor. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh membawanya kepada doktor atau pakar kanak-kanak jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti berikut: 
  • kulit atau bibir kering;
  • lemah lesu;
  • menangis tanpa air mata;
  • ubun-ubun yang mengecut;
  • tangan dan kaki pucat;
  • air kencing kuning pekat;
  • kurang kencing berbanding biasa.

Anda juga perlu mendapatkan nasihat doktor jika anak menunjukkan simptom-simptom sekunder, yang agak jarang tetapi perlu diberi perhatian: 
  • cirit-birit dan muntah lebih daripada 24 jam;
  • demam lebih daripada 24 jam;
  • enggan minum apa-apa;
  • terdapat darah dalam najisnya;
  • perutnya membuncit.


Bagaimanakah saya dapat melegakan ketidakselesaan bayi saya?

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin kerana mudah untuk punggung bayi menjadipedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah ketidakselesaan jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakinlah bahawa bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa. 


Bagaimanakah saya dapat mengelakkan bayi saya mendapat cirit-birit lagi?

Amalan kebersihan yang baik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit kerana bakteria penyebab cirit-birit mudah dipindahkan daripada tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda bersih-bersih selepas menggunakan tandas atau selepas menukar lampin bayi.


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers