Monday, September 16, 2013

Selamat Hari Malaysia ke 50

Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia

Tahun ini adalah tahun yang amat bersejarah buat semua rakyat Malaysia. Pada tanggal 16 September, negara kita menyambut ulang tahun rasmi penubuhannya yang ke-50.
Pengisytiharan rasmi penubuhan Malaysia telah dibuat oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tarikh bersejarah ini, dalam tahun 1963, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Pengisytiharan yang disaksikan oleh oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 orang rakyat telah memberi sinar harapan kepada semua.
Pada ketika itu, rakyat berbilang kaum dan agama, mengimpikan kemerdekaan, kebebasan dan kemakmuran dalam sebuah negara yang berdaulat.
Satu kompromi telah dicapai bagi melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu dalam penubuhan Malaysia. Hak autonomi dan kedudukan kedua-dua buah negeri ini turut dinyatakan dalam Perkara 20, Suruhanjaya Cobbold.
Ingin saya tegaskan bahawa Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam pentadbiran negara. 
Sebagai Perdana Menteri, saya sentiasa berusaha bagi memastikan pembangunan yang sama rata untuk semua negeri di Malaysia.
Sejak tahun 2010, kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk melaksanakan sejumlah 79 projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Sabah dan Sarawak. 
Pada tahun 2012 sahaja, sejumlah RM62.3 juta dari jumlah ini telah diperuntukkan kepada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) bagi membiayai beberapa projek, termasuk merekabentuk jalan masuk dan jalan dalam ke Hab Halal Tanjung Manis, bekalan air di Samalaju dan kajian kebolehlaksanaan untuk Taman Sains di Mukah. 
RM207 juta juga telah diperuntukkan dalam Koridor Pembangunan Sabah bagi melaksana beberapa projek infrastruktur dan pertanian.
Usaha berterusan bagi membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak sentiasa menjadi keutamaan kerajaan Malaysia. Kehidupan masyarakat di kedua-dua buah negeri ini telah banyak berubah berbanding 50 tahun yang lalu, selaras dengan pembangunan global.
Walaupun dalam usia yang muda, Malaysia telah berjaya membina sebuah negara yang disegani, sama ada dari aspek politik, ekonomi dan pembangunan sosial. Pengorbanan dan usaha gigih semua pihak dalam membentuk negara, mempertahankan keamanan dan kemakmuran selama ini akan sentiasa dihargai.
Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam membina kemakmuran ekonomi, mempertahankan kedaulatan dan memelihara keharmonian dalam negara.

Sunday, September 8, 2013

Ke 2 kali...

Jom kita tengok picas Amin gunting rambut.
Ini kali ke2 Amin gunting, dulu semasa lepas cukur jambul.







Saturday, September 7, 2013

Klinik Pakar

Assalamualaikum..

Asalnya dari hari raya lagi Amin batuk. Ini berjangkit dengan mamanya yang bawak virus..heee

Berikutan batuk itu, Amin selsema dan demam. Yang peliknya demam waktu malam jer.
Kelmarin ummi bagitau Amin takmo hisap susu botol. Kekadang minum susu, muntah pulak.

Nak taknak kitaorang bawak Amin jumpa Pakar Kanak2. Doktor yang merawat Amin bagitau, tekaknya merah (patutla takmo hisap susu botol)

 muka serius, maklum la tak sihat

4jenis ubat yang kena makan..:(

Thursday, September 5, 2013

JOM RAYA KLIA 2013!!!

Assalamualaikum semua..

Antara foto2 di sekitar Majlis Jom Raya KLIA di Roof Top Blok C..

bersama rakan2 non pax ops

 soto, nasi dagang, satey dan pencuci mulut (sagu mata ikan)
yang best sekali kambing golek
menu OPS NON PAX

anak2 yatim yang diraikan

memang meriah lah makan2 kali ni..
untuk melihat foto2 yang lain sila ke blog:-


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers