Saturday, March 28, 2009

Test tangan

Hari ni kena bangun pagi macam biasa, maklumla nk p 'test tangan' kat ARL Bowl Alamanda. Sebenarnya Aeronita ada buat tournament bowling kat sana, jadik saya ambil peluang la nak ikut serta. Insyirah ni pepagi da bangun macam tau2 je nak g jalan. ekekek. Tgh siapkan derang diana datang, "cik, ibu suh anta syirah, kitaorg tak jadik p kuala selangor" . Kesimpulannye Insyirah tak ikut kitaorg p Alamanda. 
Paginya my hb joint Tournament Bowling anjuran Mytams, ok jugaklah group derang dapat no 3.
Dapat hadiah hamper, wang tunai n medal.
Yang kitaorg ni kump X-Pose  terdiri dari kakwan, saya, irny n tini.
Ok jugak la dapat tempat ke-10 dari 20 kumpulan.
Dapatlah hamper n medal
Yang bestnya kumpulan kitaorg ni semua dapat Lucky Draw. 
Kakwan dapat hairdryer, tni dapat hamper, erny dapat cermin n saya dapat duit rm50.



tiha

Tuesday, March 24, 2009

Sawan???

Tengahari  semalam tadi call Kak Ida tanya perkembangan Insyirah. Kak ida ckp mak mertuanya kata Insyirah ni kena sawan. Sawan??????. Mana pulak la dapat sawan ni. Sebelum ni bapak mertua Kak Ida cakap "apa budak ni nak ada adik lagi"??? Aiyo yo. Macam2 la orang jawa ni punya firasat..
Keluar je dari kereta semalam, terus saya berlari ke rumah Kak Ida sejerus kedengaran suara Insyirah menangis. Saya dukung n belai2 Insyirah, pujuk dia diam. Ambik  masa jugak nak bg dia diam. Borak2 ngan Kak Ida n kitaorang ambik keputusan nak bawak Insyirah berubat kampung. Manala tau, kita ikhtiar je kan. Mudah2an sembuh ke. Sampai di rumah Makcik tuh, dia pegang telinga n badan Insyirah. Katanya aah "budak ni kena sawan". Sawan apa? Sawan orang meninggal katanya.  
Sebelum balik Makcik tu bekalkan minyak n seplastik bungkusan  yang berisi bunga2/serai wangi/beras/daun limau purut n lain2(tak perasan arr). Bahan2 tu semua kena rendam dengan air panas n mandikan Insyirah sebanyak 3 kali. Minyak sawan tu hendaklah disapukan pada tapak kaki, cuping telinga Insyirah. Insya Allah  mudah2an sembuh kata Makcik tu. 

bahan2 ni kena rendam dgn air panas

minyak sawan
senyuman Insyirah

Monday, March 23, 2009

Klinik Zalfah

Badan Insyirah masih macam tu je. Kejap2 ok n panas balik. Kekadang Insyirah nangis sampaikan   dah tak tau apa nak buat lagi. Akibat tak mahu nak makan ubat n kena paksa dia kena selsema pulak. Paginye saya p Dengkil bawak Insyirah ke Klinik Zalfah.

sementara menunggu giliran di klinik
sabar la dik, kejap lagi kita balik rumah
ubat2 Insyirah
ubat2 tiha

Friday, March 20, 2009

Emercency Leave

Balik dari kerja terus saya bersiap2 nk hantar Nor n familynyer ke Puchong (ambik tavel malam naik bas). Nor nak bercuti ke kg halamannyer (Kelantan), maklum la sejak bergelar isteri belum pernah dia balik ke kg nyer. Masa ambik Insyirah, ibu dia ckp Insyirah demam tapi dah bg makan ubat. Lebih kurang pukul 6 lebih kitaorg semua bertolak ke Puchong.
Esoknyer sewaktu nak pergi keje, badan Insyirah panas. Pastu dia merengek2 je mintak perhatian n mintak dukung, so saya EL hari ni jaga permata hatiku. Memang Insyirah nak dukong je tak boleh nak berenggang ngan mamanya. Bg makan ubat, tapi kejap2 panas balik badan dia. Bak kata ibunya ni demam nak tambah akal lagi. Ye la 29hb  ni Insyirah da masuk 9 bulan. Makin besar dah anak mama ni ye. hehe.

saya, kak t, syirah, nor, makteh n mek

 hakim n tiha

Sunday, March 15, 2009

Jalan-jalan

selesai sudah gosok baju2 kerja untuk 5 hari, apa nak buat yer? "tiha, jom kita g tesco nak? " "mama nk beli apa?", tanya tiha."saje je kita jalan2." pergi la kami 3 beranak ke tesco. masa tu da jam 5 petang. pada mula nya tiha takmo duduk dalam troli ni, tapi setelah dipujuk baru la dia nak duduk, bukannya apa kang kita leka pilih barang,  dia merayau tah ke mana pulak..

setelah membeli barang keperluan, ingatkan nak terus balik rumah, maklum la dah hampir pukul 7 malam masa tu, dengan cuaca nak hujan lagi...
"ma, nak mkn kfc"
bersebelahan tesco tu Marrybrown, tapi tiha panggil kfc. apa2lah janji ayam goreng. hihihi
"kita bungkus makan kat rumah ye"
"taknak, tiha nak makan kat sini"

tiha ni sebenarnya bukannya nak makan sangat, matanya da terpandang kat belakang dia tu, "playground". hati dia kemaruk nak main kat situ. nak taknak biarkan aje dia main dulu. janji dia happy....


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers