Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadan

Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam...
Mari kita tengok serba sedikit hikmah kita berpuasa..

1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan menjadi lemah.

2. Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat. Ini membuatkan roh menjadi tidak ternoda dan kembali suci
.
3. Puasa mengingatkan pelakunya perihal kewujudan saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin. Kesedaran ini menyebabkan orang yang berpuasa mahu mengasihi, menyayangi dan menolong mereka.

4. Puasa juga adalah pendidikan jiwa, penyucian hati, pengendalian pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa.

5. Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini ditegaskan dalam hadis Qudsi. Allah berkata, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya."

6. Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin. Mereka berpuasa pada waktu yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama. Mereka merasa lapar bersama dengan penuh persaudaraan. Penyatuan membuatkan mereka diliputi rasa cinta dan setiakawan.

7. Puasa adalah penghapus kesalahan dan kejahatan. Muslim merekodkan Rasulullah berkata "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besat."

8. Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan pencernaan, membersihkan darah, menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung.

9. Apabila orang itu berpuasa, dirinya terasa kerdil di hadapan Allah, hatinya mudah tersentuh dan rasa tamak menipis. Nafsunya terkawal sehingga dengan demikian doanya dikabulkan kerana dekat dengan Allah.

10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah.

11. Puasa adalah kemenangan muslim mengalahkan hawa nafsunya. Ia kemenangan muslim ke atas dirinya dan ia bukti kesabaran. Orang yang tidak berpuasa tanpa sebab yang dibenarkan, ia tidak mampu mengendalikan dirinya dan tidak dapat mengalahkan hawa nafsunya.

12. Puasa adalah latihan luar biasa jiwa supaya ia berada dalam keadaan bersedia 100 peratus. Jiwa yang tersedia ini mampu menanggung beban hidup sehingga Ramadan juga digelar sekolah istimewa. Selain itu dengan puasa, kita bersedia dan agung seperti jihad, mendermakan harta di jalan Allah dan berkorban

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Friday, July 29, 2011

KESUMA

Hari ni Kesuma mengadakan mesyuarat agung yang ke 13 bagi perlantikan AJK KESUMA 2011/2012. Mesyuarat diadakan di Bahagian Pentas 3, Terminal Utama, KLIA.

Undian dijalankan

AJK yang baru seisi 2011-2012
Pengerusi : Tn Hj Mustafa Kamal bin Alang Othman
Naib pengerusi : En Hussin bin Shahar
Setiausaha : En Mazlan bin Puteh
Bendahari : Cik Hjh Noor Raha binti Bahari

AJK : 1) Raja Azizi Raja Soh
2) Haslinda Hassan
3) Shahidan Teh
4) Zainuddin Mohammed
5) Zaidi Obet
6) Hassan Hasbi
7) Ahmad Maher Hj Ariffin

Juruaudit : 1) Haslin Hambali
2) Masanuri Mothar


MAJULAH SUKAN UNTUK MALAYSIA AIRPORTS

Sunday, July 17, 2011

Makan durian + besday Syahir


Kat kampung sekarang ni musim durian..
Adalah 8-9 batang pokok durian kat kebun tuh...alhamdulillah dapat jugak anak cucu merasa..:)

kita tengok nyer picnyer...



buah durian yang telah dibelah...nak tapau


Selamat ulang tahun Muhamad Syahir Ihtisham bin Azuan yang pertama..Semoga menjadi anak yang soleh, amin...


Saturday, July 16, 2011

Balik Kampung....

Jam 6.30 pagi budak 2 ni dah bangun dari tidur, "mama, bila kita nak balik kampung?"...tak sabar ye korang nak balik kampung.."tunggu la abah balik kerja kejap lagi ", kataku.
Dalam pukul 8 lebih en OVA balik dari kerja, selepas bersarapan dan bersiap2 kira2 jam 10 lebih kitaorang bertolak..
Dalam perjalanan pulang ke kampung kitaorg singgah la di sini..


Tapi tulah budak dua ni takmo minum cendol, derang ke sini pulak...seronoknyer korang yer
bersebelah warung cendol ni ada playground pulak

Dalam perjalanan ke Kampung Batu, ternampak pulak satu insiden..
nasib baik la derang takde apa2, cuma terbabas yer...

perjalanan kami ke kampung memakan masa 2 jam lebih..
sekian

Tuesday, July 12, 2011

Pra-sekolah

Semalam Tiha bagitau, "mama, Cikgu Ju cakap nanti umur 6tahun, sekolah KEMAS lagi"...
"eh Tiha 6tahun kena sek pra la", kataku..

Tadi pergi la ke SK Bukit Changgang ambik borang ..

nanti mama isikan dah hantarkan borang ini ke SKBC yer..:)

Monday, July 4, 2011

Cabut Gigi

Hari ni aku MC sebab cabut gigi. Memang dah lama berniat nak buang gigi garham bongsu ni..Hari ni baru berkesempatan nak pergi klinik gigi..

Kebetulan semasa hantar Tiha ke Tabika KEMAS, ada notis sekolahnyer tutup, jadi Tiha pun sama ikut g klinik..

Lepas cabut gigi bawak Tiha sarapan kat MC D



Sekian untuk hari ni..:)


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers