Tuesday, October 22, 2013

Penyanyi, pelakon Noreen Noor meninggal dunia

Assalamualaikum semua...

 Al Fatihah
Gambar Noreen Noor yang dirakamkan pada tahun 2010 ketika temubual dengan wartawan Utusan Malaysia Muzlina Abu Bakar. - UTUSAN/JEFRRI IRAN

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Pelakon dan penyanyi terkenal, Noreen Noor meninggal dunia pada pukul 5.40 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri, dekat sini.
Allahyarhamah yang berusia 54 tahun meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Jenazah Allahyarhamah dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.
Dalam pada itu, seniwati negara, Datuk Sharifah Aini dalam status laman Facebooknya turut bersedih dengan pemergian rakan seangkatannya itu.
"Al-Fatihah... Selamat beristirehat dan bertemu Pencipta Mu Wahai sahabatku yang dikasihi... Moga Allah himpunkan rohmu dalam kalangan mereka yang beriman... Ya Allah... Kau ampunkanlah kesemua dosa sahabat ku.... Mari kita semua mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah di alam barzakh. Amin Ya Allah," tulis Sharifah Aini.
Selain menyanyi, Allahyarhamah turut popular dengan lakonan dalam filem wira Angkasa, Pelumba Malam dan Hantu Siang. - UTUSAN ONLINE


© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments: