Assalamualaikum semua...
Semalam c kakak dah pesan , "mama esok kejutkan kakak bangun sahur yer".
Al kisah pagi tadi dok kejutkan c kakak, tapi liatnya nak bangun.
Abahnya pulak bagitau, "jangan paksa anak berpuasa, tapi paksa anak solat".
Kebetulan terbaca la pulak artikel ni kat blog
Puasa Tapi Tidak Solat | Pesanan kepada Ibu Bapa Dan Mereka Yang Bakal Mendapat Zuriat | Tidak peliklah kalau kita perasan, sama ada kawan rapat kita, jiran kita, adik beradik kita, atau sesiapa sahaja yang menganut agama islam yang berPuasa Tapi Tidak Solat. Ke korang masih rasa pelik? Tapi apa puncanya?
"Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur" (Hadis Abu Daud)
Orang yang solat bermakna selalu ingat dan dekat kepada Allah Taala, cinta semakin bertambah dan jiwanya sentiasa tenang dan lapang. Dalam dirinya tumbuh sifat mahmudah, berbudi pekerti mulia, sabar, tahan diuji, suka memberi pertolongan, tidak sombong dan lain-lain. Inilah gambaran sahsiah Muslim yang dibentuk oleh kewajipan solat dalam agama.
Hmmm semakin hari semakin mudah perkara mungkar pekat dan likat dalam budaya kita. Ada yang sebahagiannya dah boleh dikatakan janggal kalau tak dilakukan. Jadi bagaimana kita nak kembali kepada fitrah hidup kita sebagai seorang muslim? SOLAT ? Ya SOLAT la jawapannya.
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan perkara yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan sungguh-sungguh); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar" (Al-Ankabut: 45)
Petikan di atas membuatkan wa termenung beberapa ketika berfikir. memang betol, jika solat seseorang itu sempurna, maka sempurnalah segala amalannya.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
" Yang pertama sekali dihisab atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah sembahyang, maka jika baiklah sembahyangnya nescaya baiklah amalan-amalan lainnya dan jika rosak sembahyangnya, maka binasalah amal-amal yang lain."
(Hadis riwayat Thabrani)
Jadi bagi mereka yang mempunyai anak, dan bakal untuk melaluinya. Tak salah mengajar anak untuk berbuat kebaikan. Tapi rasanya lebih bagus kita cuba mencari dimana pokok pangkalnya untuk menjayakan sesuatu. Tambahan pula, kanak-kanak ni adalah masa yang paling sesuai untuk didik. Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Cuba fikir dan renung-renungkan.
Wallahu a'lam...
0 comments:
Post a Comment