Thursday, July 11, 2013

Jatuh Buai :(:(

Hari ke 2 kita berpuasa..

Pagi tadi bangun sahur jam 5.10pagi. Kunci jam 4.45pagi, jadik kelam kelibut bangun tidur sebab nak goreng ikan tenggiri. Lauk malam tadi ada lagi, pajeri nenas, gulai ayam +rebung dan paru ada lah 2-3keping beli dekat bazaar bukit changgang. Gulai ayam kaknor, ummi Amin bagi.

Kat dapur tengah goreng ikan  tetiba dengar Amin nangis. Tak sempat nak sambut, Amin dah terjatuh dari buaian. Dia menangis. Terus dukung dan bawak g dapur nak padamkan api, takut ikan hangus. Malam tadi Amin merengek tuh yang masukan dia dalam buai.
Sebelum ni Amin pernah gak nak terjatuh dari buaian, tapi dapat sambut, kali ni pulak tak sempat, rasa bersalah pun ada sebab tak letak bantal kat bawah buaian tuh.

Harap2 tiada apa2 yang berlaku kat Amin, tambah lagi jangan demam ye sayang.

kini berusia 7bulan.

0 comments: