Monday, February 10, 2014

Takde Air Rupanya...

Assalamualaikum semua..

Rupanya dari minggu lepas bekalan air tiada di kawasan rumah, Taman Langat Murni.
Patut lah air sinki kecik jer.
Sampai bila ni takde air :(

Berita dari  syabas :-

STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN HULU LANGAT DAN KUALA LANGAT EKORAN PENUTUPAN LOJI RAWATAN AIR CHERAS BATU 11 DAN LOJI RAWATAN AIR BUKIT TAMPOI (makluman 6)

Kuala Lumpur – Penutupan LRA Bukit Tampoi oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga) memasuki hari yang ke sebelas sejak 28 Januari 2014 disebabkan pencemaran ammonia Sungai Langat di muka sauk loji air rawatan tersebut masih di paras yang tinggi iaitu iaitu 4.3ppm (bahagian per juta) berbanding dengan dengan paras dibenarkan pada 1.50ppm. Sementara itu, operasi LRA Cheras Batu 11 telah mula dioperasikan semula sejak jam 12:15 tengah hari ini (7 Februari 2014) apabila kandungan ammonia Sungai Langat di muka sauk air mentah loji rawatan air berkenaan telah menurun ke paras 0.90ppm.

Sehubungan itu dan dengan LRA Cheras Batu 11 dioperasikan semula, bekalan air di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat yang mengalamai gangguan bekalan air disebabkan penutupan loji rawatan air tersebut akan mula pulih secara berperingkat. Walaubagaimanapun, beberapa kawasan di Wilayah Kuala Langat yang menerima bekalan air dari LRA Bukit Tampoi akan terus mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan rendah.

Pihak SYABAS juga akan terus membantu pengguna-pengguna terlibat dengan menyediakan lori-lori tangki air ke kawasan yang mengalami gangguan di Wilayah Kuala Langat dan membuat pemantauan berterusan situasi ini. Pihak SYABAS turut akan memaklumkan perkembangan situasi gangguan bekalan air tidak berjadual dari masa ke semasa, khususnya maklumbalas daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) selaku pihak berkuasa Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap sumber air mentah di negeri ini bahawa bilakah masalah pencemaran sungai dapat diselesaikan. Sehubungan itu, pihak SYABAS berharap pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti LUAS akan segera menyelesaikan masalah pencemaran ini.

Selain dari itu, pihak SYABAS menyarankan para pengguna di kawasan yang tidak terlibat dengan gangguan bekalan air ini di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya agar terus menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran kerana penjimatan penggunaan air tersebut boleh disalurkan kepada kawasan yang terlibat dengan gangguan.

-tamat-
PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
** Sementara itu, pihak SYABAS ingin menyarankan orang ramai yang yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.

Wednesday, February 5, 2014

Green Day 2014

Assalamualaikum semua..


Kali ni saja suka2 nak joint event ini.
Bertempat di Level 3, MTB KLIA.
Yang bestnya kitaorang joint pertandingan 'Batu Seremban', dapat lah tempat ke -3.


Itu saja lah kali ni. Takde idea nak cerita panjang2..hehe

Saturday, January 18, 2014

Berjalan Sudah Dia..

Assalamualaikum semua..

Yehaaaa, dah pandai jalan dia!!!!
Usia ketika ini 1 tahun 1 bulan lebih gitu.



Seronoknya dia bila dah dapat jalan, takmo berhenti pulak tuh..
Yang paling seronok c kakak2nya.

Saturday, January 4, 2014

Happy Besday!!!

Assalamualaikum semua..

Hari ni hari lahir c kakak, Siti Nur Fatihah Damia yang ker 8.
Kitaorg g Giant Nilai cari keknya.
Nak buat party tidak la..sekadar makan kek suka2 jer.

Apa2 pun , mama doakan semoga kakak menjadi anak yang solehah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Kakak kena rajin juga tolong mama jaga adik2 dan kemas rumah yer.



Wednesday, January 1, 2014

Treenea VCOA

Assalamualaikum semua..

Sedikit info mengenai Treenea.
Untuk maklumat lanjut mengenai Treenea ni boleh klik di  http://vcotreenea.com/-



Treenea VCOA ni saya beli kat sepet . TQ yer
kalu sesiapa nak order sila ke  blog sepet yer..

Tuesday, December 31, 2013

Prasekolah Zuhrah

Assalamualaikum semua..

Hari ni pendaftaran sekolah Insyirah. Maklum lah dah lama cuti panjang, nak bangun pagi punya lah susahnya, bertarik lagi. Macam biasa dah siap mandi, nak mama yang taburkan bedak kat badan, mama pakaikan baju, seluar semua  bagai la. Memula hanta Amin kat rumah ummi, pastu hantar Fatihah kat rumah ibunya. Sampaikan sana memandangkan awal lagi, kitaorang masuk dalam dulu. Tetiba Insyirah bisik "mama, adik taknak g sekolah", aduhhhhh, buat hal pulak. Apa lagi nangis2 dia. Pujuk punya pujuk, akhirnya mahu jugak ke sekolah.


Sampai sekolah semua ibubapa/penjaga ke dewan untuk mendengar taklimat. Pelajar pulak di kelas masing2.

Ni lah dia budak yang nangis2 takmo g sekolah.
Seronok ye main palyground.

Monday, December 30, 2013

Lamanya tak update!!

Assalamualaikum semua..

Lamanya tak update blog ni, dah bersawang gamaknya..hehehe
Rasa kejapnya masa berlalu, esok dah sampai penghujung tahun 2013.
Esok jugak nak kena pergi sekolah untuk Pendaftaran Prasekolah seisi 2014 untuk Insyirah. Masuk office lambat sikit la yer boss.

2hb Januari 2014 pulak nak ke kena hantar Fatihah ke sekolah barunya , Sekolah Rendah Rancangan Tanah Belia, Bukit Changgang(RTB).
Tahun 2014 jugak nak kena tukar masa bekerja, dari 8.30pg ke 8.00pg. Balik dari 5.30ptg ke 5.00ptg. Nanti balik kerja terus ambik Insyirah dulu dan terus ambik Fatihah yang habis waktu sekolah agama jam 5.30ptg. Pastu terus ambik Amin kat rumah Kak Nor.

Tu je la dulu yer..




Thursday, November 14, 2013

Anugerah murid Mumtaz SRA Bukit Changgang 2013

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah , Fatihah dapat anugerah Mumtaz untuk tahun 1 di SRA Bukit Changgang.
Tahun depan harap2 dapat jugak , tapi untuk sekolah RTB pulak yer sebab tukar sekolah:)




Tuesday, November 12, 2013

Syirah Konvo


Assalamualaikum semua..
Majlis Graduasi Prasekolah Bkit Changgang 2013

Insyirah bersama rakan2 dan Cikgu Shekin dan Cikgu Ju





Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers