Assalamualaikum semua..
Rupanya dari minggu lepas bekalan air tiada di kawasan rumah, Taman Langat Murni.
Patut lah air sinki kecik jer.
Sampai bila ni takde air :(
Berita dari syabas :-
STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI BEBERAPA KAWASAN HULU LANGAT DAN KUALA LANGAT EKORAN PENUTUPAN LOJI RAWATAN AIR CHERAS BATU 11 DAN LOJI RAWATAN AIR BUKIT TAMPOI (makluman 6)
Kuala Lumpur – Penutupan LRA Bukit Tampoi oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga) memasuki hari yang ke sebelas sejak 28 Januari 2014 disebabkan pencemaran ammonia Sungai Langat di muka sauk loji air rawatan tersebut masih di paras yang tinggi iaitu iaitu 4.3ppm (bahagian per juta) berbanding dengan dengan paras dibenarkan pada 1.50ppm. Sementara itu, operasi LRA Cheras Batu 11 telah mula dioperasikan semula sejak jam 12:15 tengah hari ini (7 Februari 2014) apabila kandungan ammonia Sungai Langat di muka sauk air mentah loji rawatan air berkenaan telah menurun ke paras 0.90ppm.
Sehubungan itu dan dengan LRA Cheras Batu 11 dioperasikan semula, bekalan air di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat yang mengalamai gangguan bekalan air disebabkan penutupan loji rawatan air tersebut akan mula pulih secara berperingkat. Walaubagaimanapun, beberapa kawasan di Wilayah Kuala Langat yang menerima bekalan air dari LRA Bukit Tampoi akan terus mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan rendah.
Pihak SYABAS juga akan terus membantu pengguna-pengguna terlibat dengan menyediakan lori-lori tangki air ke kawasan yang mengalami gangguan di Wilayah Kuala Langat dan membuat pemantauan berterusan situasi ini. Pihak SYABAS turut akan memaklumkan perkembangan situasi gangguan bekalan air tidak berjadual dari masa ke semasa, khususnya maklumbalas daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) selaku pihak berkuasa Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap sumber air mentah di negeri ini bahawa bilakah masalah pencemaran sungai dapat diselesaikan. Sehubungan itu, pihak SYABAS berharap pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti LUAS akan segera menyelesaikan masalah pencemaran ini.
Selain dari itu, pihak SYABAS menyarankan para pengguna di kawasan yang tidak terlibat dengan gangguan bekalan air ini di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya agar terus menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran kerana penjimatan penggunaan air tersebut boleh disalurkan kepada kawasan yang terlibat dengan gangguan.
-tamat-
PRISCILLA ALFRED
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
** Sementara itu, pihak SYABAS ingin menyarankan orang ramai yang yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.
0 comments:
Post a Comment