Monday, December 30, 2013

Lamanya tak update!!

Assalamualaikum semua..

Lamanya tak update blog ni, dah bersawang gamaknya..hehehe
Rasa kejapnya masa berlalu, esok dah sampai penghujung tahun 2013.
Esok jugak nak kena pergi sekolah untuk Pendaftaran Prasekolah seisi 2014 untuk Insyirah. Masuk office lambat sikit la yer boss.

2hb Januari 2014 pulak nak ke kena hantar Fatihah ke sekolah barunya , Sekolah Rendah Rancangan Tanah Belia, Bukit Changgang(RTB).
Tahun 2014 jugak nak kena tukar masa bekerja, dari 8.30pg ke 8.00pg. Balik dari 5.30ptg ke 5.00ptg. Nanti balik kerja terus ambik Insyirah dulu dan terus ambik Fatihah yang habis waktu sekolah agama jam 5.30ptg. Pastu terus ambik Amin kat rumah Kak Nor.

Tu je la dulu yer..




0 comments: