Thursday, February 28, 2013

Gripe Water

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, hari ini genap usia anak mama, Nur Muhammad Amin Durrani 90hari, maknanya dah 3 bulan la yer. Sejak balik dari kampung hari tu kami semua diserang selsema n batuk, tapi dah pulih, tinggal c Amin je yang masih belum sembuh, selsema. Setiap kali menyusu mesti tak selesa , merengek2 jugak dia, agaknya hidung tersumbat. Sejak kebelakangan ada jugak c Amin tak lena tidur, agaknya kembong kot.
Ummi, babysitter Amin ada bagitau suruh minum gripe water, tadi kebetulan p MTB, carilah kat Pusrawi, nasib baik ada jual tapi harganya lah lebih mahal sikit dari luar ye. Harap lepas ni Amin tak merengek2 lagi hendaknya...AMIN.


Saturday, February 23, 2013

Aksi-aksi wajah comel

Jeng3..jom tgk aksi2 c Amin botak..

sebelum


selepas


Masa kenduri cukur jambul hari tu, rambutnya dah tak sama..tu la pasal kasi botak..hehehe





Monday, February 11, 2013

Aqiqah n Cukur Jambul..

Assalamualaikum semua..
 Gambar-gambar sekitar kenduri Aqiqah n Cukur jambul my hero.

sementara nak tunggu majlis, landing dulu

gigil2 jugak tangan pakdiknya nak gunting

settle, paklang gunting



tukang bawak dulang, makdik

group marhaban/berzanji





Wednesday, January 30, 2013

I'm Back!!!

Salam semua pembaca Blog Tihasyira...

Alhamdulillah, saya kini kembali bekerja setelah 2 bulan bercuti. Ingat nak sambung cuti sampai cukup bulan,  tapi kena kerja sebab nak buat PMS untuk tahun lepas.

Sedih jugak nak tinggalkan baby ni, tapi demi kerja terpaksalah ye:) Amin jangan nakal2 yer, mama g work.
Kakak Tiha n kakak Syirah kena g school pulak. Belajar rajin2 yer n jangan nakal2 jugak. Derang ni tinggal asing, sbb susah kalau tinggal sekali sebab IBU nak jemput n hantar kakak2nya ke sekolah. Baby Amin tinggal ngan UMMI yer.

2013 ni tahun yang mencabar sebab saya nak kena bangun pagi lebih awal dari sebelum ni, nak siapkan bekalan kakak ke sekolah n siapkan mereka semua, termasuklah baby Amin. Nasib baik keperluan baby Amin dah siapkan kat rumah babysitter untuk seminggu. Cuma bekalan susu saje kena bekalkan hari2 , maklumlah setakat ni saya bagi BF sepenuhnya :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Mudah2an saya dapat berikan Baby Amin BF sepenuhnya selama mana yang boleh...AMIN

Permata Hatiku...

Saturday, December 1, 2012

Nur Muhammad Amin Durrani

My Hero

1st day@Hospital Banting

2nd day otw nak balik rumah

@rumah

Saturday, November 24, 2012

Gigi oh gigi...

Salam semua..

Tiha : "Hari ni kan mama cuti, bawak kakak g klinik, kakak nak cabut gigi"
Mama : "Tak takut ke nak cabut gigi? Nanti gongak kalau gigi depan takde"
Tiha : " Alah nanti tumbuh lah gigi baru "

Al kisahnya Fatihah beriya2 nak cabut gigi depannya walaupun masih elok lagi.
Di klinik, doktor kata elok lagi giginya, nanti tampal sahaja. Dia menangis2 nak cabut gigi, kalau setengah orang pulak menangis2 takmo cabut gigi..alahai anak..:)



gigi nak bawak balik rumah buat kenangan :)


Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum lovelies! 

Malam ni Awal Muharram! alhamdulillah syukur :) moga moga kita semua dapat memperbaiki diri, meningkatkan ilmu, taqwa dan darjat kita di sisi Allah SWT (demi Allah SWT), dan mendapat hidayah dari-Nya :) antara ciri-ciri orang yang mendapat hidayah Allah SWT ialah mereka yang tidak mengharapkan balasan sesama manusia spt dalam Surah Yasin, ayat 20-21: Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu - “Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk”.

Insya Allah..:)

Monday, November 5, 2012

Akhirnya...:)

Salam pembaca Blog Tihasyira...

Minggu ni usia kandungan masuk 37 minggu. Ada setengah member usia kandungan 38 minggu dah sampai masanya bersalin. Kedua orang anak saya memang cukup usia kandungan 40 minggu, tapi kali ni tak tau la awal ke atau sebaliknya :)

Barang keperluan semuanya dah siap dibeli, tapi tak semua dimasukan dalam beg lagi. Keperluan bayi dah settle tinggal keperluan ibu saje yang belum dimasukan dalam beg. Bila nak buat je, dok tangguh2 lagi, nanti2 lah :). Jangan tak sempat nak buat sudahlah yer..huhu

Niat hari ni nak puasa ganti, sehari je, sebab tak larat masa bulan ramadhan hari tuh. Selalu kalau yang sikit ni malas nak buatkan?. Tapi dah niat malamnya dan Alhamdulillah berjaya gak akhirnya. Jadi untuk tahun ni dah settle ganti puasa, walaupun tengah berbadan dua sekarang ni.

Sekian, untuk kali ini...

Thursday, November 1, 2012

Konvo Prasekolah

Salam semua..

Hari ni SKBC mengadakan Hari Potensi dan Majlis Konvokesyen Prasekolah 2012.
Untuk Hari Potensi Tiha masuk acara Hafazan, alhamdulillah dapat tempat pertama. Fatihah juga dapat Anugerah Murid Cemerlang (Prasekolah Zuhal) dan Kedatangan Penuh dalam kelasnya..
Tahun depan Fatihah masuk darjah 1 dan Insyirah akan ke Prasekolah sessi 2013. Harap2 Syirah juga berpotensi macam kakaknya, mudah2an, AMIN..



sukanya dapat hadiah



Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers