Salam semua pembaca Blog Tihasyira...
Alhamdulillah, saya kini kembali bekerja setelah 2 bulan bercuti. Ingat nak sambung cuti sampai cukup bulan, tapi kena kerja sebab nak buat PMS untuk tahun lepas.
Sedih jugak nak tinggalkan baby ni, tapi demi kerja terpaksalah ye:) Amin jangan nakal2 yer, mama g work.
Kakak Tiha n kakak Syirah kena g school pulak. Belajar rajin2 yer n jangan nakal2 jugak. Derang ni tinggal asing, sbb susah kalau tinggal sekali sebab IBU nak jemput n hantar kakak2nya ke sekolah. Baby Amin tinggal ngan UMMI yer.
2013 ni tahun yang mencabar sebab saya nak kena bangun pagi lebih awal dari sebelum ni, nak siapkan bekalan kakak ke sekolah n siapkan mereka semua, termasuklah baby Amin. Nasib baik keperluan baby Amin dah siapkan kat rumah babysitter untuk seminggu. Cuma bekalan susu saje kena bekalkan hari2 , maklumlah setakat ni saya bagi BF sepenuhnya :)
Bismillahirrahmanirrahim..
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Mudah2an saya dapat berikan Baby Amin BF sepenuhnya selama mana yang boleh...AMIN
Permata Hatiku...
0 comments:
Post a Comment