Tuesday, March 24, 2009

Sawan???

Tengahari  semalam tadi call Kak Ida tanya perkembangan Insyirah. Kak ida ckp mak mertuanya kata Insyirah ni kena sawan. Sawan??????. Mana pulak la dapat sawan ni. Sebelum ni bapak mertua Kak Ida cakap "apa budak ni nak ada adik lagi"??? Aiyo yo. Macam2 la orang jawa ni punya firasat..
Keluar je dari kereta semalam, terus saya berlari ke rumah Kak Ida sejerus kedengaran suara Insyirah menangis. Saya dukung n belai2 Insyirah, pujuk dia diam. Ambik  masa jugak nak bg dia diam. Borak2 ngan Kak Ida n kitaorang ambik keputusan nak bawak Insyirah berubat kampung. Manala tau, kita ikhtiar je kan. Mudah2an sembuh ke. Sampai di rumah Makcik tuh, dia pegang telinga n badan Insyirah. Katanya aah "budak ni kena sawan". Sawan apa? Sawan orang meninggal katanya.  
Sebelum balik Makcik tu bekalkan minyak n seplastik bungkusan  yang berisi bunga2/serai wangi/beras/daun limau purut n lain2(tak perasan arr). Bahan2 tu semua kena rendam dengan air panas n mandikan Insyirah sebanyak 3 kali. Minyak sawan tu hendaklah disapukan pada tapak kaki, cuping telinga Insyirah. Insya Allah  mudah2an sembuh kata Makcik tu. 

bahan2 ni kena rendam dgn air panas

minyak sawan
senyuman Insyirah

0 comments: