Wednesday, February 5, 2014

Green Day 2014

Assalamualaikum semua..


Kali ni saja suka2 nak joint event ini.
Bertempat di Level 3, MTB KLIA.
Yang bestnya kitaorang joint pertandingan 'Batu Seremban', dapat lah tempat ke -3.


Itu saja lah kali ni. Takde idea nak cerita panjang2..hehe

Saturday, January 18, 2014

Berjalan Sudah Dia..

Assalamualaikum semua..

Yehaaaa, dah pandai jalan dia!!!!
Usia ketika ini 1 tahun 1 bulan lebih gitu.



Seronoknya dia bila dah dapat jalan, takmo berhenti pulak tuh..
Yang paling seronok c kakak2nya.

Saturday, January 4, 2014

Happy Besday!!!

Assalamualaikum semua..

Hari ni hari lahir c kakak, Siti Nur Fatihah Damia yang ker 8.
Kitaorg g Giant Nilai cari keknya.
Nak buat party tidak la..sekadar makan kek suka2 jer.

Apa2 pun , mama doakan semoga kakak menjadi anak yang solehah, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Kakak kena rajin juga tolong mama jaga adik2 dan kemas rumah yer.



Wednesday, January 1, 2014

Treenea VCOA

Assalamualaikum semua..

Sedikit info mengenai Treenea.
Untuk maklumat lanjut mengenai Treenea ni boleh klik di  http://vcotreenea.com/-



Treenea VCOA ni saya beli kat sepet . TQ yer
kalu sesiapa nak order sila ke  blog sepet yer..

Tuesday, December 31, 2013

Prasekolah Zuhrah

Assalamualaikum semua..

Hari ni pendaftaran sekolah Insyirah. Maklum lah dah lama cuti panjang, nak bangun pagi punya lah susahnya, bertarik lagi. Macam biasa dah siap mandi, nak mama yang taburkan bedak kat badan, mama pakaikan baju, seluar semua  bagai la. Memula hanta Amin kat rumah ummi, pastu hantar Fatihah kat rumah ibunya. Sampaikan sana memandangkan awal lagi, kitaorang masuk dalam dulu. Tetiba Insyirah bisik "mama, adik taknak g sekolah", aduhhhhh, buat hal pulak. Apa lagi nangis2 dia. Pujuk punya pujuk, akhirnya mahu jugak ke sekolah.


Sampai sekolah semua ibubapa/penjaga ke dewan untuk mendengar taklimat. Pelajar pulak di kelas masing2.

Ni lah dia budak yang nangis2 takmo g sekolah.
Seronok ye main palyground.

Monday, December 30, 2013

Lamanya tak update!!

Assalamualaikum semua..

Lamanya tak update blog ni, dah bersawang gamaknya..hehehe
Rasa kejapnya masa berlalu, esok dah sampai penghujung tahun 2013.
Esok jugak nak kena pergi sekolah untuk Pendaftaran Prasekolah seisi 2014 untuk Insyirah. Masuk office lambat sikit la yer boss.

2hb Januari 2014 pulak nak ke kena hantar Fatihah ke sekolah barunya , Sekolah Rendah Rancangan Tanah Belia, Bukit Changgang(RTB).
Tahun 2014 jugak nak kena tukar masa bekerja, dari 8.30pg ke 8.00pg. Balik dari 5.30ptg ke 5.00ptg. Nanti balik kerja terus ambik Insyirah dulu dan terus ambik Fatihah yang habis waktu sekolah agama jam 5.30ptg. Pastu terus ambik Amin kat rumah Kak Nor.

Tu je la dulu yer..




Thursday, November 14, 2013

Anugerah murid Mumtaz SRA Bukit Changgang 2013

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah , Fatihah dapat anugerah Mumtaz untuk tahun 1 di SRA Bukit Changgang.
Tahun depan harap2 dapat jugak , tapi untuk sekolah RTB pulak yer sebab tukar sekolah:)




Tuesday, November 12, 2013

Syirah Konvo


Assalamualaikum semua..
Majlis Graduasi Prasekolah Bkit Changgang 2013

Insyirah bersama rakan2 dan Cikgu Shekin dan Cikgu Ju




Sunday, November 10, 2013

Sepetang di Telok Kemang

Assalamualaikum semua...


Seronok budak2 mandi laut, Amin yang demam2 pun berendam. Takut jugak terkejut ke apa, tapi alhamdulillah takde apa2:).

Kitaorang pergi pantai Telok Kemang dengan Kaknor sefamily (ummi, yang jaga Amin).
Sampai2 terus je derang  berendam sampailah ke maghrib. Perjalanan dari rumah mengambil masa kira2 1 jam jugak lah.

Sekali sekala seronok jugak pergi berkelah :)


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers