Thursday, March 8, 2012

Hari Wanita 2012



Apa yang istimewanya tarikh 8 Mac setiap tahun? Untuk pengetahun semua tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day). Yang kelakarnya walaupun saya wanita tapi tak tahu langsung hari ini adalah Hari Wanita.

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki.

Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya.

Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki. Terima kasih kasih pada kaum lelaki yang menyanjungi kaum wanita.

Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru. Selamat Hari Wanita.


0 comments:


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers