Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

Assalam semua...


Salam Ramadhan dari saya sekeluarga..

Thursday, March 26, 2015

Welcome...

Assalam semua..

Member baru dalam keluarga kami..


 En suami ambik dekat kedai mamak pagi tadi..
katanya dah 2 hari terpandang kucing ini, berkenan dek warna mata nya yang biru
wah, biru mata hitamku!!


 kena kurung dulu...nak biasakan suasana dan rumah baru


minum susu..
Disebabkan c Amin dok panggil aoww, aoww..
jadi buat masa ni namanya gitulah

AOWW2 :)

Saturday, March 21, 2015

Mandi Manda-Gold Coast Theme Water Park, Morib

Assalam ..

Aktiviti mandi manda - part 2
Gold Coast Theme Water Park, Morib



 Bayaran masuk untuk ke theme park ni;-
Dewasa rm35
Kanak2 rm20

Memang seronok la untuk mandi manda, tambah lagi kanak2 yang paling seronok..
Amin yang mulanya takut air..kini tidak lagi, dialah yang hero..hahaha

Malamya pulak aktiviti makan2 dengan family Kaknor aka babysitter..
Kitaoran dinner kat Waklan Restoran Bayu Malam Bagan Lalang


masing2 muka terbakar kerana dek mandi kolam..hahahaha...


Tengok gegirl baju biru tu, dia pulak yang beriya memilih seafood..kih3


C Amin yang tak tau duduk diam..biasa la anak bujang..huhu


Menu yang kitaorang order;-

siakan/jenahak 3rasa
udang/sotong goreng tepung
kerang rebus
pepahat pedas
ketam halia
sayur campur
kailan
air tembikai/fresh orange

Saturday, February 28, 2015

Mandi Manda-Hotel Sri Malaysia Bagan Lalang

Assalam semua..
Lamanya tak mencoret kat sini..

Ok lah ni nak cerita sikit..
Budak2 dah lama mengajak nak mandi kolam, jadi kitaorang bermalam dan mandi manda kat sini.


seronoknya derang mandi manda




Malamnya pulak kitaorang makan kat area sini jugak..tah apa nama kedai tu lupa plak.
Kitaorang cari kedai yang tak ramai orang...hiiiiii..harap maklum nanti lambat dapat makan..hahaha
Alhamdulillah nasib baik sedap makanan yang diorder..huhu


sementara tunggu makanan..main bola lampu dulu


siakap 3rasa, pepahat pedas, kailan n sotong goreng tepung

Saturday, February 14, 2015

Sepetang di Pantai Morib

Assalam semua....

Sepatutnya minggu ni balik kampung, tapi tak jadik pulak.

Jadi nak menghilangkan rasa bosan duduk di rumah kitaorang p jalan2 pusing2 Pantai Morib.

Anak beranak bersantai di tengah panas..huhu


Anak daraku


Aksi diaorang mengingatkan aksi MLM Bocey




Monday, February 2, 2015

Demam

Assalam semua..

Sekarang ni musim demam..
Lepas amin demam,  Insyirah demam.(26,28 n 29 Januari 2015, MC), Fatihah pula sehari demam (4 Februari 2015, MC) sekarang giliran mama pulak yang demam. Time demam datang waktu senja ke malam seram2 sejuk.
Mula demam 27 Januari 2015...tak keje mintak MC.

2 Februari 2015 demam lagi, batuk selsema.
6 Februari 2015 masih tak elok lagi, dapat MC lagi
9 Februari 2015 MC lagi sampaikan doktor ambik darah takut denggi..
10 Februari 2015, emergency leave...demam batuk selsema tak elok lagi..


Alhamdulillah, result darah ok..

Friday, January 30, 2015

Alam Persekolahan

Assalam semua...

Masuk awal tahun je dah malas nak update blog..apa citer???
Hehehehe..

Bulan Januari 2015 bulan yang penuh dugaan dan cabaran. Maklumlah nak melayan 2 orang anak yang bersekolah...huhu

Di awal persekolahan...
Tahun ini Insyirah masuk Darjah 1..
Sepanjang 2 minggu, dalam minggu orientasi..adoiiiii, macam2 perangai dibuatnya, macam2 alasan dibagi semata2 taknak pergi sekolah..katanya TAK BEST!!!
Hari ni ke sekolah, esoknya kata cuti pulak..aishhhh
Tiap pagi nak ke sekolah kata sakit perut la, nak demam la...

Hari pertama ke sekolah, hari orientasi..seronok katanya..




Hari pertama ke sekolah, Insyirah dan Fatihah


Sekolah petang KAFAI RTB




Alhamdulillah....sekarang Insyirah dah seronok nak sekolah..
Agaknya mula2 terasa penat maklumlah sekolah pagi dan petang belajar, tahun lepas sekolah separuh hari ajer..

Tengahari derang Transit ke sekolah , di sana ada yang menguruskan diaorang untuk ke sekolah agama pula.
Fatihah pula boleh diharapkan untuk tengokan adiknya di sekolah.

Harapan mama belajar pandai2...jadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat. Doa sentiasa mengiringi kalian semua.
Amin...

Thursday, January 15, 2015

Hero Demam

Assalam semua..

Dapat mesej dari ummi, dah, amin tadi lepas mandi gigil2 badan dia, nanti bawak dia pergi klinik kalau tak ok...
Ada tak bintik2 badan amin, tanyaku..
Takde, katanya....Alhamdulillah lega rasanya..
Takut jugak sebab baru c Faris ni kena demam kaki tangan dan mulut..demam ni berjangkit, maklumlah diaorang ada bermain bersama2 dalam tempoh c Faris demam ni.


Oh, tidak!!!!
Balik rumah...terus belek2 amin...
Ya Allah....ada bintik2...




Malam tu jugak bawak amin pergi klinik  pakar..
sementara tunggu turn jumpa doktor...c kakak melayan amin dulu..


ubat amin


Demam amin on off sejak kebelakang ini, sampaikan terpaksa ambik darah .
Pada 31 January 2015 kitaorang bawak amin ke Hospital Putrajaya.
Risau jugak sebab demamnya lama jugak..masuk 2 minggu gitu..


lepas kena ambik darah..ala2 cian anak mama..


 Alhamdulillah, result amin ok

Thursday, January 1, 2015

Bye2 2014, welcome 2015!!

Assalam semua ....



Alhamdulillah sekejap je masa berlalu..
Begitu pantas rasanya..

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya, amin..


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers