Tuesday, December 31, 2013

Prasekolah Zuhrah

Assalamualaikum semua..

Hari ni pendaftaran sekolah Insyirah. Maklum lah dah lama cuti panjang, nak bangun pagi punya lah susahnya, bertarik lagi. Macam biasa dah siap mandi, nak mama yang taburkan bedak kat badan, mama pakaikan baju, seluar semua  bagai la. Memula hanta Amin kat rumah ummi, pastu hantar Fatihah kat rumah ibunya. Sampaikan sana memandangkan awal lagi, kitaorang masuk dalam dulu. Tetiba Insyirah bisik "mama, adik taknak g sekolah", aduhhhhh, buat hal pulak. Apa lagi nangis2 dia. Pujuk punya pujuk, akhirnya mahu jugak ke sekolah.


Sampai sekolah semua ibubapa/penjaga ke dewan untuk mendengar taklimat. Pelajar pulak di kelas masing2.

Ni lah dia budak yang nangis2 takmo g sekolah.
Seronok ye main palyground.

Monday, December 30, 2013

Lamanya tak update!!

Assalamualaikum semua..

Lamanya tak update blog ni, dah bersawang gamaknya..hehehe
Rasa kejapnya masa berlalu, esok dah sampai penghujung tahun 2013.
Esok jugak nak kena pergi sekolah untuk Pendaftaran Prasekolah seisi 2014 untuk Insyirah. Masuk office lambat sikit la yer boss.

2hb Januari 2014 pulak nak ke kena hantar Fatihah ke sekolah barunya , Sekolah Rendah Rancangan Tanah Belia, Bukit Changgang(RTB).
Tahun 2014 jugak nak kena tukar masa bekerja, dari 8.30pg ke 8.00pg. Balik dari 5.30ptg ke 5.00ptg. Nanti balik kerja terus ambik Insyirah dulu dan terus ambik Fatihah yang habis waktu sekolah agama jam 5.30ptg. Pastu terus ambik Amin kat rumah Kak Nor.

Tu je la dulu yer..





Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers