Saturday, December 1, 2012

Nur Muhammad Amin Durrani

My Hero

1st day@Hospital Banting

2nd day otw nak balik rumah

@rumah

Saturday, November 24, 2012

Gigi oh gigi...

Salam semua..

Tiha : "Hari ni kan mama cuti, bawak kakak g klinik, kakak nak cabut gigi"
Mama : "Tak takut ke nak cabut gigi? Nanti gongak kalau gigi depan takde"
Tiha : " Alah nanti tumbuh lah gigi baru "

Al kisahnya Fatihah beriya2 nak cabut gigi depannya walaupun masih elok lagi.
Di klinik, doktor kata elok lagi giginya, nanti tampal sahaja. Dia menangis2 nak cabut gigi, kalau setengah orang pulak menangis2 takmo cabut gigi..alahai anak..:)



gigi nak bawak balik rumah buat kenangan :)


Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum lovelies! 

Malam ni Awal Muharram! alhamdulillah syukur :) moga moga kita semua dapat memperbaiki diri, meningkatkan ilmu, taqwa dan darjat kita di sisi Allah SWT (demi Allah SWT), dan mendapat hidayah dari-Nya :) antara ciri-ciri orang yang mendapat hidayah Allah SWT ialah mereka yang tidak mengharapkan balasan sesama manusia spt dalam Surah Yasin, ayat 20-21: Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu - “Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mendapat hidayah petunjuk”.

Insya Allah..:)

Monday, November 5, 2012

Akhirnya...:)

Salam pembaca Blog Tihasyira...

Minggu ni usia kandungan masuk 37 minggu. Ada setengah member usia kandungan 38 minggu dah sampai masanya bersalin. Kedua orang anak saya memang cukup usia kandungan 40 minggu, tapi kali ni tak tau la awal ke atau sebaliknya :)

Barang keperluan semuanya dah siap dibeli, tapi tak semua dimasukan dalam beg lagi. Keperluan bayi dah settle tinggal keperluan ibu saje yang belum dimasukan dalam beg. Bila nak buat je, dok tangguh2 lagi, nanti2 lah :). Jangan tak sempat nak buat sudahlah yer..huhu

Niat hari ni nak puasa ganti, sehari je, sebab tak larat masa bulan ramadhan hari tuh. Selalu kalau yang sikit ni malas nak buatkan?. Tapi dah niat malamnya dan Alhamdulillah berjaya gak akhirnya. Jadi untuk tahun ni dah settle ganti puasa, walaupun tengah berbadan dua sekarang ni.

Sekian, untuk kali ini...

Thursday, November 1, 2012

Konvo Prasekolah

Salam semua..

Hari ni SKBC mengadakan Hari Potensi dan Majlis Konvokesyen Prasekolah 2012.
Untuk Hari Potensi Tiha masuk acara Hafazan, alhamdulillah dapat tempat pertama. Fatihah juga dapat Anugerah Murid Cemerlang (Prasekolah Zuhal) dan Kedatangan Penuh dalam kelasnya..
Tahun depan Fatihah masuk darjah 1 dan Insyirah akan ke Prasekolah sessi 2013. Harap2 Syirah juga berpotensi macam kakaknya, mudah2an, AMIN..



sukanya dapat hadiah


Wednesday, October 24, 2012

Cuak!!

Salam semua..lama saya tak update blog :)
Biasalah...saat2 kemalasan masih melanda lagi.

Lusa umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji/Korban..
Memandangkan sebulan lagi saya dijangka bersalin dah berpantang di kg, saya ambil keputusan tak balik kg untuk sambutan Hari Raya Haji kali ni, nanti sekali harung je lah cuti lama.

Hari ni pulak Balong sekeluarga dari Sarawak turun KLIA. Mereka dijangka sampai 12.30tengahari. Ok Long, kita jumpa di airport. Jadi saya dan member g la terminal. Apa yang terjadi..eeeee bila diingatkan kembali saat yang menakutkan itu...Subhanallah, ngeri.

Dipendekkan cerita, semasa turun dari escalator, sepantas kilat saya terasa ada benda yang melanggar dari belakang dan terus saya terjatuh seterusnya sampailah ke bawah, dengan segera saya dibangunkan oleh sapa entah , saya mengucap panjang dan mengusap2 perut supaya baby dalam kandungan  tak terkejut. Apa yang terfikir di kepala ni, kalulah tetiba rasa nak bersalin..subhanallah. Member pun takleh nak buat apa sebab benda yang berlaku sekelip mata jer, sangat pantas dan dia pun panik. Sekarang ni usia kandungan 35minggu, minggu depan baru masuk 36minggu(9bulan). Dalam hati berdoa harap2 baby keluar biarlah cukup usianya.

Rupanya sorang mamat ni (mat Indon), dah la bawak beg (isi kainbaju kot), pastu turun guna escalotor, beg nya tah terlepas ke apa ke, terus menggelongsor ke bawah dah terus melanggar saya, nasib baik lah saya terjatuh atas begnya. Tu lah berkali2 mat Indon ni mintak maaf sebab dia rasa bersalah pada saya. Saya cakap takde apa2 kot. Dia menyuruh saya ke klinik dan dia follow. Time tuh waktu rehat jadi doktor takde kat klinik. So saya cakap takpe lah..mintak2 takde apa2 yang berlaku, awak takyah la risau. Bila diingatkan saat2 ngeri tuh, eeee TAKUT!!!

SUBHANALLAH..

Esok opis bg hapday, tengaharinya kena g check up.
Dah 2 kali check up, berat badan tak naik...harap2 naiklah kali ni..

Tuesday, September 25, 2012

Renungan


Renungan untuk diri saya sendiri dan muslimin muslimat sekalian.

HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
============ ========= ========= ========= ========= ======== 


Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang
melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu
sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.
Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka
mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai
kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak
bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua
sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki
pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Wallahua'lam.

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

------------ --------- --------- --------- --------- ---

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di
dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih
tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan
membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu
berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan
sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan
dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang
Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,
begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak
dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan
seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

------------ --------- --------- --------- --

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan
perjalanan.
Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan
sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam
badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka.
Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah
seterusnya.

PEMINUM ARAK

------------ --------- ----

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di
tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah
suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua
manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau
mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang
berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau
busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus
ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke
dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh
pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar
dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan
dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang
bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan
mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.

MENGKIANATI HARTA

------------ --------- --------- -----

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda
yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun
ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul,
malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta
dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah
diulang-ulang selama mereka di laut itu..

AZAB BAGI YANG KEDEKUT

------------ --------- --------- --------- ----

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan
atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar
yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.

SAKSI BOHONG

------------ --------- ---

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung
pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan
kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur
luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi.
Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.

MENGUMPAT

------------ ---------

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga
putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat
sangat.
Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting
lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka
ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu
cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah
yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti
anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan
buah-buah kayu tersebut..

Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun
perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang.
Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor
kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

------------ --------- --------- --------- --------- ----
Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar.
Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit,
pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil
iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita
manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.

Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan
dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya
adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba
masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang
kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak
mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang
Allah swt, dan diampunkan dosa kita.

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Walau sebanyak mana dosa
yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insyaallah
akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa
itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat,
menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang
berkenaan di samping memohon keampunanAllah swt.

Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan
mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.

Wallahua'lam.

Saturday, September 22, 2012

Kepingin

Salam semua..

Dari awal preggy hari tu teringin nak makan ini..
Alhamdulillah usia kandungan masuk 7 bulan hari tu baru dapat makan...hehehe

 Aiskrim Top10..
Pergi cari sana sini semua kedai takde jual, akhirnya jumpa kat Petronas Bukit Changgang

Buah Tarap..
Kat semenanjung takde tau, kat seberang laut baru boleh jumpa buah ni.

Thursday, September 20, 2012

Jom Shopping...

Assalamualaikum semua..

Semalam balik kerja , En Ova cakap nanti 23/9/2012 ni jangan tidurkan syirah siang bawak dia pergi econsave..Ye lah selalu syirah tidur waktu siang..Sambil cakap tu dihulurkan surat..


Oh..syirah dapat baucer dari TAWAS. Terima kasih kerajaan Negeri Selangor.
Hari tu daftarkan syirah dalam bulan Julai, cepat jugak dapat yer..:)
Nanti kita g shopping yer!!!

Saturday, September 15, 2012

DOA UTK KAMU SI KECIL.


YA ALLAH,
peliharalah anakku selama dalam kandunganku, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yg tiada meninggalkan kesan buruk.
YA ALLAH,
lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yg mudah dan sejahtera.

YA ALLAH,
jadikanlah ia sihat, sempurna, cerdik, berakal, berilmu serta beramal soleh.

YA ALLAH,
elokkanlah akhlak, fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca AL_QURAN dan hadis dengan berkat NABI MUHAMMAD s.a.w


AMIN AMIN AMIN
ya rabbal alamin.


Tuesday, September 11, 2012

Kini 7 Bulan..

Assalamualaikum semua..

Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu ke 29 usia kandungan ini. Ini bermakna dah masuk 7 bulan bayi yang dikandung. Barang2 keperluan orang baru belum beli lagi ( nak pastikan jantina dulu). Barang2 berpantang pun sama, cuma yang dah beli pad (susen), jelly gamat dan bengkung je.

Hari tu macam tak pasti je jantina bayi dalam kandungan. Tadi nak puaskan dan sedapkan hati p check up lagi, mintak doktor pastikan jantina bayi. Mulanya agak kecewa jugak sebab doktor kata kedudukan bayi dalam keadaaan  bersujud ni, memang tak boleh nak nampak jantinanya. Tapi akhirnya doktor godek2 barulah nampak...Alhamdulillah, cornfim BOY!

Lepas ni barulah leh beli baju orang baru yer...kita cari yang warna biru2..
2 orang kakaknya mesti suka sangat sebab dapat adik lelaki. C Tiha pun memang mengharapkan dapat adik lelaki...ALHAMDULILLAH

Cukup laporan kali ini...hehehehe

Tuesday, September 4, 2012

Insyaallah...

Salam semua pembaca Blog Tihasyira..

Sebelum ni c kakak, Fatihah tanya, "mama, kalau baby keluar nanti perempuan macamana?
Mama : "Macamana apanya, kalau Allah dah bagi perempuan, perempuan la babynya, kita doa je la mintak2 baby ni lelaki"
Fatihah : "Mama doa tak"?
Mama : "Iyer, tiap kali mama solat mama doa kat Allah mintak2 baby dalam perut mama ni lelaki, kakak pun kena berdoa jugak tau.."

C tiha ni berharap sangat nak baby lelaki sebab adik dia yang sekarang ni perempuan, Insyirah. Yang Insyirah ni bila ditanya nak adik apa, dia kejap cakap nak lelaki, kejap nak perempuan pulak..macam2 dia ni..hehehe

Tadi g check up kat Klinik Rozita, scan baby dalam perut. Alhamdulillah, baby sihat. Belum sempat nak tanya doktor jantina baby, doktor sendiri yang cakap, insyaallah baby lelaki, ni t***r dia. Dalam hati, ALHAMDULILLAH.

Ni Tiha n Syirah tak tau lagi..wat surprised la kat derang..

Tuesday, August 28, 2012

Sakit telinga

Salam semua..

Rasanya dah nak masuk sebulan sakit telinga ni. Dari Klinik Fuziah ke Klinik An Neesa, doktor cakap telinga tersumbat, dibaginya ubat titis. Semalam bangun tidur rasa sakit pulak telinga ni, masih lagi ada rasa cam binga2 (cam ada bunyi je kalu kita g hutan)..aduhaiii

Tadi g Klinik Pusrawi pulak kat MTB. Doktor Guru Singh yg bertugas hari ni. Bila dichecknya telinga kiri ni, katanya takde apa2, cuma ada bengkak kat belah luar telinga ni jer. Dia bagi ubat untuk dimakan, katanya kalau tak elok jugak nanti Isnin jumpa dia lagi.
Mintak jugak Kalsium, ni sakit2 rasa badan, maklumlah anak dalam perut ni nak membesar kan. Minggu depan dah masuk 7 bulan usia kandungan. Kejap je masa berlalu :)

Kalsium, ubat tahan sakit, ubat kurang bengkak n antibiotik

Tuesday, August 14, 2012

Samperit

Salam semua pembaca Blog Tihasyira..

Tahun ni ada la buat sikit bisnes kecil2an sempena raya, bukannya apa saja je suka2 nak buat amal..hehehe
Semalam masa menunggu waktu nak berbuka puasa c kakak terpandang kuih samperit atas meja. Ingatkan nak bg ibu diaorang...nanti kena carilah kuih lain jawapnya.

"mama, tiha nak makan la kuih ni, kan tiha suka," kata tiha.
Tak sampai hati pulak tak nak bagi anak makan kan.
"takpelah, kakak makan je la ngan adik"
Apa lagi ngadap la derang dua beradik makan samprit yang Mak Langnya buat sambil tengok TV..



Friday, August 10, 2012

Turun 1.5kg..

Salam semua..



Semalam g check-up untuk 6 bulan. Sampai klinik memang tak pernah lepas jam 8.00pagi la, semalam dapat nombor 1007. Macam biasa lepas ambik tekanan darah, g makmal check urine test dan Hb. Dari awal check-up lagi Hb makin menurun tapi belum sampai tahap kritikal lagi la..hehehehe
Pastu jumpa nurse...alamak berat turun mendadak ni, turun 1.5kg..bulan lepas cantik, naik 2 kilo. Selamber je aku cakap agaknya puasa kot..(betol apa aku puasa). Nurse pun cakap, Alhamdulillah, ibu puasa. Macam biasa la lepas dia bebel itu ini, ok nanti 23hb Ogos datang check-up lagi yer. Masa tu kat kg lagi ler. Orang sibuk nak beraya, dia sibuk pulak nak suruh g klinik. Takper nanti tumpang g klinik kesihatan kat kg yer..
Aku pun ok jer la..hehehe

Kena injection kancing gigi, sampai hari ni terasa lenguh lagi tangan ni..aduhai...

Friday, August 3, 2012

Kenali Yusuf Taiyoob



Salam Ramadhan semua...


Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..
Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.
Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.
Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.
Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.
“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.
“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Yusuf yang masih kelihatan muda dan bertenaga meskipun usia mencecah 50 tahun berkata, selepas gagal dalam perniagaan minyak wangi, beliau mencuba pelbagai perniagaan lain, termasuk mengedar produk bunga safron, biji gajus, makanan kering dan rempah.
Beliau kemudian mencari bentuk perniagaan baru, walaupun menyedari kesulitan bakal dihadapi hinggalah terfikir untuk menjadi pembekal kurma di negara ini.
Walaupun menyedari wujud persaingan pada waktu memulakan perniagaan kurma pada 1990, beliau percaya sudah ada pelanggan tetap, selain harga berpatutan dengan jaminan produk berkualiti.
Yang penting, menurut Yusuf, seseorang perlu tahu tahap mana kemampuan mereka untuk bersaing dalam perniagaan yang penuh cabaran dan berliku-liku meskipun sedar kadangkala pesaing sanggup membuat apa saja dalam perniagaan mereka.
“Selain itu kita perlu bersyukur dengan rezeki diberikan Allah dan jangan cepat lupa diri,” katanya yang sentiasa merancang bentuk jenis iklan yang mahu disiarkan setiap kali menjelang Ramadan.
Dalam usaha memastikan semua produk edarannya dijamin berkualiti dan segar, beliau membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk menggunakan teknologi terkini dalam mengendalikan stor simpanan sejuk bekunya.
Teknologi yang diimport dari Amerika Syarikat itu membolehkan sebarang kebocoran gas amonia dapat dikesan lebih awal. Sistem itu mampu memberi amaran awal secara automatik jika berlaku kebocoran.
Ketika ini kompleks itu memiliki enam stor simpanan sejuk yang mampu memuatkan kira-kira 7,000 tan barangan satu-satu masa dan dua stor simpanan kering untuk kira-kira 3,000 tan barangan.
Syarikat itu ketika ini mengimport antara 200 hingga 300 pelbagai jenis makanan daripada buah kurma, minyak zaitun, kacang dhal hingga kepada rempah ratus dari kira-kira 30 negara, antaranya Amerika Syarikat, Iran, Dubai, Afrika Utara dan Arab Saudi.
Bagi memastikan stok kurma mampu memenuhi permintaan pasaran, Yusuf memesan dan menyimpan stok berkenaan tiga bulan lebih awal dan sebaik saja musim perayaan tamat, beliau mula memesan stok untuk menyambut Ramadan tahun depan.
Menceritakan sejarah awal pembabitannya dalam perniagaan kurma, beliau pernah berdepan cabaran pertama apabila dua kontena (40 tan) kurma yang diimport dari Iran tidak berapa elok, namun beliau tidak panik.
Ini menyebabkan Yusuf pergi ke Iran untuk menemui pengeluar kurma supaya tidak menghadapi masalah sama pada masa akan datang.
“Keadaan berubah apabila saya mempunyai lebih pengalaman berbanding pada awal pembabitan. Dulu, disebabkan percayakan pengeluar dan pembekal dari sana (Iran), akhirnya saya terkena,” katanya.
Beliau berkata, syarikatnya mengambil masa antara 10 hingga 12 tahun untuk dikenali sebagai pembekal kurma di negara ini, selain kurma edarannya turut menembusi pasaran di Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.
Pada masa ini syarikatnya mengedar lebih 10 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safina, Ajwa, Jewel, Ajmal dan Anbara yang dijual pada harga berpatutan.
Kurma mempunyai tiga peringkat iaitu khalal (kurma muda), rotab (kurma madu) dan thamar (kurma kering) diperolehi dari Tunisia, Oman, Iran, Afrika Selatan, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
“Dalam menjual kurma, kita perlu membuat penjenamaan dan teknik pembungkusan yang elok. Apabila ada jenama, orang mudah kenal produk sebelum membelinya, malah saya menitikberatkan aspek kualiti kerana keutamaan kami ialah kepuasan pelanggan.
“Saya juga memberi jaminan kepada pelanggan, kurma yang rosak boleh diganti dengan kurma yang lain,” katanya yang boleh dianggap sebagai satu daripada pengimport terbesar produk makanan di rantau Asia kerana kebanyakan produknya diimport dari lebih 30 negara.
Malah, Ramadan ini beliau sibuk membekalkan kurma kepada peniaga selepas mendapat banyak bekalan kerana sesuai dengan musim kurma pada Ogos, September dan Oktober.
Walaupun sibuk menjalankan perniagaan, kata Yusuf, beliau tidak pernah lupa untuk memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik.
“Kita kena bantu orang susah sebab saya rasa seronok apabila mampu mengurangkan beban mereka, kalau ada lebih kita kena bersedekah dan beringat bahawa rezeki dikurniakan Tuhan,” katanya.

PROFIL

NAMA:Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN:Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL:Georgetown, PulauPinang
UMUR:51tahun
ISTERI:Datin Yusnita Ramli
ANAK:Waseem(9), Safiya(6) dan Safina(3)
ADIK-BERADIK:Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan

Rupa-rupanya nama kurma adalah sempena dengan nama anak-anak beliau!! wahhhh!!

*stok kurma Yusuf Taiyoob, dah nak habis kat rumah, kena cari ni...*


.

Wednesday, August 1, 2012

Mukjizatnya Azan


Artikel untuk dikongsikan bersama:-

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan…
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”


WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wednesday, July 25, 2012

Hari ke-5

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, hari ini hari ke-5 umat Islam berpuasa, begitu juga dengan aku ni ha yang sedang memboyot, baby mama paham kan mama puasa..hikss

Balik nanti seperti biasa nak g bazar ramadhan kat Bukit Changgang. Nak beli kuih tepung pelita dan ikan bakar. Tadi tengahari dah beli pajeri nenas kat cafe ofis ni. Nanti petang mesti en Ova beli ayam sambal kat Langat Murni dan kuih muih yang lain kan, cukup la tuh juadah berbuka nanti petang nanti.

Kisah budak dua ni pulak masa berbuka mengalahkan orang yang perpuasa..kih3..Takpe lah kan, janji puteri2 mama nak makan daripada takmo makan ..

Kat ofis sekarang ni musim sejuk. Kitaorang ni ha dah macam froozen food dah, aduhai. Mengantuk usah cakap lah....ngantuk giler dibuatnya..Time pose ni waktu kerja dipendekan, jadik masa rehat takde, mak buyong sorang ni peduli apa, kalu dah habit tu tido, selamber je aku tido kat meja ni (bos, harap maklum yer, pembawakan ibu mengandung)..hehehe

Cukup la lapuran untuk hari ini...jap lagi dah nak balik kerja..:)

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan


Esok semua umat Islam akan berpuasa. Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf sekiranya ada terbuat salah, terguris hati, terkasar bahasa kepada yang mengenali kami.

Kepada pembaca Blog Tihasyira, saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa..

Tuesday, July 17, 2012

Last Day..

Hari ini adalah hari terakhir di Billing buat sahabat saya, Siti Aida.
Kata2 terakhir yang disampaikan olehnya sendiri melalui email kepada semua wargakerja MAB berbunyi :-

~Salam Perpisahan dan Jumpa Lagi......~
Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia....

Hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di Malaysia Airports... (M.A Sepang SB )

Walaupun sayang untuk meninggalkan Malaysia Airports, tetapi kita perlu akur setiap pertemuan ada perpisahan...  
Sepanjang perkhidmatan saya di Malaysia Airports selama 7 tahun  ( Ops Billing(2009-2012) & HR (2005-2009) ) , selaku manusia biasa kita tidak lekang daripada melakukan kesilapan/kesalahan... 
Saya mohon kemaafan kepada semua di atas kesilapan saya dan jasa kawan2 yang dikasihi akan tetap di kenang hingga ke akhir hayat... 
Terima kasih kepada semua di atas tunjuk ajar, nasihat dan kerjasama yang diberikan sepanjang saya berada di sini... 
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi dan Selamat Hari Raya Aidilfitri...



Jumpa lagi.........
" Tada Masala..... " - Tiada Masalah .......:)
Regards,
Siti Aida Sabarudin,
Operations Billing Unit,
Level 4, AMC Building,
Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd,   
K.L International Airport,
64000 Sepang, Selangor.

Tel        :   +603-87768834
Fax       :   +603-89265510
email   :   sitiaida@malaysiaairports.com.my


senyum dalam tangisan..:(


handing over


Sunday, July 15, 2012

Kenangan

Salam semua...


 Untuk makluman semua  pembaca Blog Tihasyira, plate ini adalah kenangan buat sahabat billing, Siti Aida..
Esok hari terakhir Aida berkhidmat dengan MAB.
Cantik tak plate ini, cantik kan???

Kepada Aida, nanti kat sana jangan lupa yer kitaorang semua kat unit billing ni..Banyak kenangan kita semua, harap2 ianya tetap bersemadi dalam ingatan Aida tau.

Kalu sesiapa nak tempah plate ni boleh la lawat blog :-

Friday, July 13, 2012

Sukan Malaysia Airports 2012


Salam semua....

Hari ini bermulalah Sukan Malaysia Airports 2012. Majlis Perasmian Hari Sukan Malaysia Airports ini akan dirasmikan oleh Y. Bhg Tan Sri Bashir Ahmad, Pengarah Urusan MAHB pada jam 5.00petang nanti. Sempena kejohanan sukan  ini,  ITD Division, MAHB selaku penganjur sukan kali ini telah melancarkan laman sesawang rasmi sukan malaysia airports 2012.

Sila layari 
atau

untuk mendapatkan informasi dan maklumat terkini Sukan Malaysia Airport 2012.


2 tahun lepas sukan malaysia airports berlangsung di Langkawi dimana saya turut serta. Untuk kali ini saya terpaksa merehatkan diri atas sebab2 tertentu, harap maklum :)

Sekian untuk kali ini...

Tuesday, July 10, 2012

Aida's Farewell

Salam semua pembaca Blog Tihasyira..

Hari ni kitaorang Unit Billing sama-sama meraikan majlis perpisahan buat Siti Aida yang akan berhijrah ke Terengganu. Kitaorang makan2 kat Aunty Aini's.
Jom kita tengok gambar2 menarik ni..

Menu

Yummy

Pepperoni Pizza n Hawaiian Pizza

Siti Aida

Sebelum makan kita posing dulu

Kenangan buat Aida dari kami semua




Kepada Aida, Selamat Maju Jaya kami ucapkan..

Friday, July 6, 2012

Klinik An-Nisa

Salam semua...

Hari ni kebetulan ambik cuti nak balik kampung. Pagi tu pergi Nilai 1 nak cari kain, singgah la kat Klinik An-Nisa, konon2 nak tgk gender baby dalam perut ni. Hari ni Doktor Soraya yang bertugas, rasa seronok pulak datang klinik ni sebab Doktor Soraya ni memang ramahmesra la.

Ikutkan usia kandungan sekarang ni dah 19minggu, tapi bila tengok kat scan date ni 18minggu pulak. Tulis lagi due pada 04.12.2012, ikutkan due yang doktor klinik kesihatan bagi 27.11.2012.

Pengalaman anak sulung memang ontime keluar ikut pada tarikh yang tulis kat scan dulu. Anak nombor 2 pulak lewat 5 hari, dan anak nombor 3 ni, tak tau nak cakap..heeee
Doakan semuanya selamat..AMIN

Doktor Soraya cakap baby tengah bersujud jadi tak boleh la nak nampak gendernya..Kalu nak tau, nanti usia kandungan 6bulan keatas kita buat scan lagi yer...
Kalu tengok gambar scan ni pun, tak tau la namapak apa. Yang saya nampak bulat(kepala) dan tulang belakang baby.. Yang lain hanya doktor je yang tau..heeee


Tuesday, July 3, 2012

Hormati Privasi Rakan Sekerja

SALAM SEMUA

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.-surah Luqman ayat 18

Setiap pekerja diberikan ruang kerja masing-masing dan ia bertujuan dapat memberikan focus maksimum terhadap tugasan yang harus diselesaikan. 

Jangan pentingkan diri sendiri dan cuba cuba hormati hak teman-teman sekerja lain. Mungkin tip ini boleh diamalkan agar tiada yang berasa geram dengan kelakuan anda:- 

KAWAL NADA SUARA 
*tidak kira sama ada semasa berbual atau bercakap ditalian telifon, cubalah kawal nada suara anda agar tidak terlalu kuat sehingga mengganggu konsentrasi rakan sekerja yang lain. Bukannya nak buat pengumuman ataupun nak bagi satu level dengar cerita korang tuh. 

BUKAN TEMPAT PERBINCANGAN HAL PERIBADI 
*Pejabat adalah tempat mencari rezeki bukan tempat untuk meluahkan hal peribadi. Kalu dah terdesak sangat carilah tempat yang sesuai dan bukan di tempat kerja sebab tidak menjanjikan privasi. Sesiapa saja boleh mendengar dan tak mustahil ia akan menjadi bualan hangat ataupun akan menjadi bahan umpatan keesokan harinya.. Tambah menarik lagi bila ianya ditambah perisa dengan ditokok tambah cerita kan?? 

BAWA BERSAMA TELEFON BIMBIT 
*Nada dering telifon bimbit zaman sekarang bermacam-macam rentak. Ada yang perlahan, ada yang kuat sebab itulah kalu ke mana-mana anda kenalah bawa bersama. Kalau tidak pun simpan di dalam laci anda, kalau lagu sedap takpe jugak kan? Deringan telifon di atas meja pun kena la kawal sikit, boleh tak kasi perlahan . Tambah lagi kalu korang nak cuti ke nak MC ker, takde la mengganggu rakan di sekeliling. 

PANGGILAN PERIBADI 
*Agak-agakla kalu nak bercerita pun kat telifon, nak kasi semua orang dengar ke beb..aduh!!!! Bukan niat nak menyibuk tetapi terpaksa mendengarnya dek ruang kerja yang berdekatan…Lebih menyakitkan bila ketawa mengilai-ngilai sampai mengganggu orang lain. 

USAH BANYAK TANYA 
*Sesetengah orang tidak peduli dengan kesibukan orang lain kerana apa yang dia tahu, dia mahu dilayan secepat mungkin. Dalam hal ini, kita harus melihatkan pada situasi jika mahu bertanya mahupun mendapatkan bantuan daripada rakan lain. Mungkin pada ketika itu dia sedang sibuk dan tidak punya banyak masa untuk melayan anda. Jadi hormatinya dengan bersabar. 

USAH GOPOH 
*JIka anda melihat rakan sedang bercakap ditalian, jangan terlalu mencuba untuk bertanya itu dan ini dengannya. Tunggu sehingga dia selesai dan meletakkan gagang telifon, begitu juga dalam hal kerja yang memerlukan giliran , harap bertenang dan bersabar. 

Sekian untuk kali ini.. 


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers