Friday, June 29, 2012

Siti Nur Insyirah Dania

Salam semua..

Pagi tadi masa nak g kerja Syirah tanya "mama, abah dah beli kek adik belum"?..semangat betul dia nak potong kek.."tunggu nanti mama balik kerja yer" :)

Hari ini ulangtahun kelahiran puteri ke2ku, Siti Nur Insyirah Dania yang ke 4 tahun. Lahir pada 29 Jun 2008 pada 7.58 malam. Semoga adik menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata dan menjadi anak yang cerdik pandai kelak. Mama doakan juga semoga adik sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. AMIN

c kakak mendendangkan lagu buat adik

sama2 tiup lilin yer...

abah lupa la nak suh bubuh nama adik

baby syirah

Thursday, June 28, 2012

Nasik kerabu...

Salam semua...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga makan nasi kerabu yang diidamkan..Terima  kasih pada yang sudi membelinya :)


Sekian untuk hari ini..

Wednesday, June 27, 2012

wowww 1001 give away


Salam semua pembaca Blog Tihasyira..


Untuk makluman semua, Blog masakan Kak Ida 1001resepi melancarkan Giveaway (GA) untuk blog beliau.Hadiahnya memang menarik. Kepada sesiapa yang nak joint, jom singgah di 1001resepi, untuk mengetahui cara2 dan syarat2nya....

Bermula hari ini hinggalah 10Julai 2012...Siapa cepat dia dapat!!!



Saturday, June 23, 2012

Sukan SKBC

Salam semua ..

Semalam dan hari ni Sukan SKBC. Malangnya sejak 2 hari lepas Tiha tak berapa sihat, dia batuk2 dah semput. Memandangkan keadaan ini, dia tak dapat nak joint sukan pada hari khamis. Alhamdulillah dia beransur pulih, jadi untuk hari ini dia dapat joint sukan..jom kita tengok gaya2 seorang atlit..:)





amacam, ok ka????

Friday, June 22, 2012

Semput

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya ambik AL sebab nak g tengok sukan prasekolah Tiha. Tapi malangnya sejak semalam lagi Tiha tak berapa sihat. Dia diserang batuk2 dah seterusnya semput. Tak dapat lah Tiha nak joint sukan hari ni, harap2 untuk sukan esok(sabtu) dia dapat joint. Kesian Tiha, dah seminggu tiap pagi dia training di padang, tapi bila hari sukannya, semput pulak..aduh!!

kalu dah diserang semput, ginilah gayanya..

with adik syirah..


Sekian untuk kali ini...

Monday, June 18, 2012

Makanan seimbang elakkan Enemia

Salam semua...


Pernah saya ajukan soalan kepada seorang doktor kenapa masa pregnant badan letih/lesu/kuat tido/malas (semua adalah). Doktor bagi jawapan samada itu memang simptom2 pregnant @ anemia. Doktor cadangkan check darah untuk anemia dulu, kalu normal maknanya memang alahan pembawakanlah.


Apakah Anemia?
Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.
Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:


Ø Sel darah merah.
Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.


Ø Sel darah putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.


Ø Platlet dan plasma
Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.


Tanda-Tanda Anemia
Apabila seseorang itu mengalami masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas, Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain? Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia.


Bagaimana Anemia Boleh Terjadi?


Ø Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:


Ø Badan kurang menghasilkan sel darah merah


Ø Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.


Faktor Penyebab Anemia


a) Kurang Penghasilan Sel Darah Merah Yang Disebabkan:
-Masalah kekurangan zat besi
-Kehilangan darah
-Keracunan logam.
-Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia).
-Penyakit kronik (kerosakan buah pinggang, kanser, artritis reumatoid, Sistemic Lupus Eritematosus, SLE) yang merencatkan fungsi sumsum tulang.
-Penyakit haemofilia


b) Kemusnahan Sel Darah Merah Luar Biasa (Hemolisis)
Iaitu sel darah merah pecah dengan sendiri. Jika kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya, individu itu akan mengalami masalah anemia. Hemolisis boleh disebabkan penyakit seperti:


c) Talassemia


d) Kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD).


e) Auto imun hemolitik


f) Penyakit sel sikel (masalah yang diwarisi)


Masalah Sel Darah Merah:
Ø Leukemia
Ø HIV
Ø Neutropenia


Cara Untuk Mengelak Anemia


Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).


Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.


Kesimpulan


Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.




Sumber Maklumat: Harian Metro, Utusan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Thursday, June 14, 2012

Check-up

Pagi tadi g check up.Tiada masalah so jumpa nurse jer. Masuk opis pun tadi awal la jugak dalam 9 lebih. Result munum air gula bulan lepas, alhamdulillah OK, tapi nanti usia kandungan masuk 7 bulan kena minum  semula.Tentang makan, masih tak berapa nak berselera lagi. Morning sickness pun masih ada lagi ( bila la nak ok ni) :(

Rasanye itu je la untuk hari ini,
Sekian.

Tuesday, June 12, 2012

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger



Assalamualaikum semua..

Pagi ni mood nak bekerja belum datang lagi, al maklumlah baru balik dari bercuti.
Memang kebiasaaan pagi2 saya akan cuci mata dengan membaca blog kengkawan.
Segmen ni saya baca kat blog Hasrulhassan , jom joint.. 

"Segmen tambah follower dan rakan blogger"

Apa yang perlu dibuat :-

Tempek badge ini dalam entri anda, dan link ke entri ini.


  • Tajuk entri anda: Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger
  • Berikan nama blog anda, link blog anda, bila mula berblogging, kenapa berblogging dan    seterusnya siapa idola dan  ikutan anda dalam dunia blog.
  • Siap je, terus berikan url entri anda itu di ruangan komen.
  • Andai sudi, jadilah follower blog ini.
  • Anda perlu berbuat demikian sebelum jam 5 petang, 13 Jun 2012.


Nama Blog : Permata Hatiku


 Mula Berblogging : Tahun 2009

Kenapa Berblogging :  Saje suka2 mengisi masa lapang, luahan hati, nak kongsi kisah keluarga ngan member2 , nanti anak2 leh baca bila besar nanti, biar derang tahu apa yang telah berlaku.
                                       
Idola Blogger : Suka baca blog dapur tanpa sempadan sebab saya suka tengok resepi2 masakan, tapi nak masak malas. heeee

Sekian. Tu je la kot.



Sunday, June 10, 2012

Kelantan oh Kelantan.

Salam semua pembaca Blog Permata Hatiku ini. Selamat datang ke Kelantan Darul Naim...
Cuti sekolah kali ni kitaorang ke Kelantan menghadiri kenduri Muhamad Haris Mursyidi. Dari airport naik bas ke KL Sentral dan ambik KTM ke Pasir Mas. Sakit2 badan dalam 12jam lebih nak ke sana. Memandangkan masing2 tak pernah naik train, so excited jugak lah 1st time naik train.huhu

tak sabar nak naik train ni

C Haris

Beginilah keadaan tempat tidur dalam train(ambik seat katil sbb kitaorg bertolak malam)

Gambar kat bawah ni kat Pantai Perkasa. Kitaorang bermalam kat sini semalam. Memang seronok la derang ni bermandi manda air laut. Berposing di tepi pantai sebelum g jalan2 lagi.

sambil menikmati aiskrim

bermandi manda

bershopping di rantau panjang



Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers