1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab
sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor
lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan
berperang dan berbunuhan
4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan
membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada
orang ramai beribadat sepuas-puasnya.
Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak
dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada penyembelihan
haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
MAKNA / HURAIAN
KALIMAH " REJAB "
Rahmat :
Diantara rahmat Allah yang
terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan amalan-amalan
seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat
disamping fardhunya yang tertentu dan banyak berzikir, bertasbih,
berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, mohon keampunan dan taubat
dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam atau bangun tengah
malam sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih, berzikir, beristighfar,
bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan sebagainya. Pad bulan
rejab inilah dilipat gandakan pahalanya, dilipat ganda keampunan
dosa-dosanya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari allah,
diangkat darjat keimanan oleh allah didunia, dan diangkat darjat yang
tinggi didalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi
hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba
memperbanyakan amalan ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang
terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya
yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan
kita daripada azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.
Judu (Pemurah) :
Begitu sekali pemurahNya dan baikNya allha kepada hambaNya
yang beriman dan beralam soleh kepadaNya dengan balasan pahalaNya yang
begitu banyak sekali, dan diangkat darjatnya yang tinggi didalam
syurgadengan mudahnya diberi keampunan dan taubat yang begitu bangyaknya
pula. Sesungguhnya pemurahNya dan baikNya allah terhadap hambaNya pada
bulan yang mulia ini.
Berkebajikan :
Sungguh bulan Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan
Allah kepada hambaNya. Bulan yang diperintah banuak berbuat amal kebajikan
padanya, bulan yang digalakkan berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan
sembahyang-sembahyang sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon
keampunan dan taubat ke hadrat allah, berzikir, bertasbih, berselawat,
berdoa bersedekah, dan segala rupa kebaikkan dan kebajikan yang diperintah
Allah dan rasulNya. Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas
(banyaknya amal-amal kebajikan, dan banyak serta besar palu anugerah
balasannya yang tidak terhingga). Banyak pemberian allah dan banyak pula
hambaNya lumba-lumba memenuhi amalnya - banyak Allah memberi kebajikan dan
banyak pula banyak pula hambaNya berbuat kebajikan. Bertambah dekat
hambaNya dengan Tuhannya dan bertambah dekat pula Tuhannya dengan hambaNya.
Betapa besar keredhaan allah terhadap hambaNya dan betapa besar pula
keredhaan hambaNya terhadap Allah.
BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN
DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab
dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak
langsung iaitu Surah al Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah
(ayat 2, 36 dan 37)
"Mereka bertanya kepadamu
(wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati,
katakanlah "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi
perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan
kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke
Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ,(semuanya
itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum
selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa
dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa
berpuasa pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran
istimewa.
Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW
dan bertanya "Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui
anda pada tahun pertama "Nabi bersabda" Kenapa keadaanmu telah
jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki
itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu
malam "Maka tanya Rasulullah SAW" Kenapa kamu seksa diri kamu?
Lalu sabdaNya" Berpuasalah pada bulan sabar yakni bulan Ramadhan dan
satu hari dari setiap bulan "Tambahlah buatku kerana saya kuat
melakukannya! Ujar lelaki itu "Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi."
Tambahlah lagi "Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda
"Berpuasalah dalam bulan suci (haram ) lalu berbukalah! (kemudian diulangi
sebanyak 3 kali sambil mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan
jari-jarinya yang tiga, mula-mula digenggam lalu dilepaskan"
(hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majjah dan Baihaqi
dengan sanad yang baik)
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
1. Hijrah Pertama Dalam
Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu
kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak
Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang
yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri
Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan
iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang.
Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak
Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana
rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah
SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke
langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari
Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh
sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima
ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting
kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa
peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW
berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
Peristiwa Yang Berlaku Sebelum
dan Semasa Perjalanan Israk Rasulullah S.A.W
1.
Didatangi malaikat Jibril.
2.
Hati Rasulullah disuci.
3.
Menunggang Buraq.
4.
Bertembung dengan jin Afrit.
5.
Berjumpa kaum berhuma dan mengetam pada hari yang sama ( satu kebajikan
dibalas dengan 700 kali ganda atau lebih banyak lagi ).
6.
Tercium bau harum. ( Bau Masitah yakni penyikat rambut anak Firaun yang
berani mempertahankan aqidahnya )
7.
Kaum yang memecahkan kepala ( Umat yang memberatkan kepala mereka untuk
menunaikan atau beribadat kepada Allah )
8.
Kaum yang memakan zakum ( batu dan bara api Neraka jahanam). Balasan
untuk mereka yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
9.
Kaum yang memakan daging mentah. Isteri atau suami yang mempunyai suami
atau isteri yang halal tetapi mereka mendatangi lelaki atau perempuan (
pelacur) untuk melakukan zina
10.
Duri di jalan. Perumpamaan kaum yang duduk di tepi-tepi jalan (lepak0 dan
mengintai-gintai otrang yang lalu di jalan tersebut bertujuan menganggu dan
sebagainya.
11.
Berenang dalam lautan darah sambil dilontarkan batu ke mulutnya.
Perumpamaan umat yang memakan riba.
12.
Menghimpun bebrapa berkas kayu yang dia tidak terdaya memikulnya tetapi
semakin ditambah pula kayu teersebut. Perumpamaan seorang yang memegang
amanah tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya tetapi masih juga dia
hendak menerima amanah lain.
13.
Kaum yang menggunting lidah dan bibir mereka. Inilah diumpamakan seseorang
manusia yang mengajar dan mereka tidak membuat apa yang mereka ajarkan.
14.
Kaum yang menggaru muka dengan kuku tembaga. Perumpamaan mereka makan
daging saudaranya dengan mengumpat serta menjatuhkan maruah orang lain.
15.
Lembu keluar dari lubang sempit kemudian cuba masuk semula tapi tidak
berjaya. Perumpamaan seseorang yang memperkatakan perkara-perkara yang
dimurkai oleh Allah, kemudia dia meyesali atas perbuatannya itu tetapi dia
tidak mampu untuk menyesalinya.
16.
Rasulullah ditegur oleh pihak kanan ( Yahudi) dan kiri (Nasrani).
Rasulullah tidak menjawab teguran tersebut. Sekiranya beliau menjawab
nescaya ramailah umatnya yang akan menjadi pengikut Yahudi dan Nasrani.
17.
Rasulullah diseru oleh perempuan yang memakai perhiasan yang cantik.
Rasulullah tiada menjawab seruan itu. Jika ia menjawab maka ramailah
umatnya yang lebih mementingkan dunia dari Akhirat.
18.
Rasulullah diseru perempuan berhias serta seorang tua. Kiasan / perumpamaan
umur dunia
19.
Rasulullah imam segala para nabi serta mursalin semasa solat di Baitul
Maqdis
20.
Rasulullah terasa dahaga. Jibrail membawa 3 jenis minuman iaitu susu, arak
dan madu. Rasulullah memilih susu. Maka Jibril membenarkan pilihan
Rasulullah S.A.W. sambil berkata, " Sesungguhnya engkau telah memilih
asal kejadian dan jika engkau meminum arak, nescaya umat engkau akan ramai
yang sesat dan tiada yang beriman melainkan jumlah yang sedikit.
21.
Rasulullah di datangi bidadari dari Syurga.
Peristiwa Yang Berlaku Semasa
Perjalanan Mikraj Rasulullah S.A.W
1.
Rasulullah menaiki langit pertama- berjumpa dengan nabi Adam A.S
2.
Rasulullah menaiki langit yang kedua - bertemu nabi Isa dan nabi Yahya.
3.
Rasulullah menaiki langit yang ketiga - bertemu nabi Yusuf.
4.
Rasulullah menaiki langit yang keempat - bertemu nabi Idris.
5.
Rasulullah menaiki langit yang kelima - bertemu nabi Harun.
6.
Rasulullah menaiki langit yang keenam - bertemu nabi Musa.
7.
Rasulullah menaiki langit yang ketujuh - bertemu nabi Ibrahim.
8.
Bertemu kaum yang mandi di sungai.
9.
Memasuki Baitul Makmur.
10.
Pokok dan sungai di syurga.
11.
Melihat rupa Jibril yang sebenar.
12.
Memasuki syurga. Terdapat 8 jenis Syurga ( Jannatul Firdaus, Jannatul
Adnan, Jannatul Khuld, Jannatun Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Makwa,
Jannatus Salam, Jannatul Jalal, Janatul Maqamu Wal Qarar.)
13.
Kelebihan orang memberi hutang. Pintu Syurga tertulis: "SEDEKAH ITU
ADALAH 10 KALI GANDA DAN MEMBERI HUTANG ITU 18 KALI GANDA."
14.
Melihat Telaga Al-Kausar.
15.
Diperlihatkan kepada Rasulullah keadaan Neraka. Terdapat 7 jenis
neraka iaitu (Neraka Jahanam, Neraka Lazha, Neraka Khutamah, Neraka Saeir,
Neraka Saqar, Neraka Jahim, Neraka Hawiyah.)
16.
Berpisah dengan Jibril untuk ke Sidratul Muntaha.
17.
Perjalanan untuk bertemu Allah diperdengarkan suara malaikat menyerupai
suara Abu Bakar.
18.
Menemui Allah Rabbul Jalil.
19.
Berdailog dengan nabi Musa.
20.
Berulang-alik antara nabi Musa dengan Allah.
21.
Allah memfardukan lima waktu solat.
22.
Turun semula ke bumi.
23.
Meninggalkan Baitul Maqdis.
3. Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9
hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala
tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak
berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n
kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi
pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh
Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman
pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan
perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera
Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan
akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai
pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun
sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah
panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat
27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul
Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad
bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan
767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia
adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu
peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga
menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
Hadith- Hadith berkaitan Bulan
Rejab
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan
khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari
hadith-hadith Sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab
dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih
boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya
bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran
dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita
tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan
Ramadhan.
|