Monday, June 29, 2009

insyirah-1tahun

Selamat u/tahun sayang buat Permata Hatiku, siti nur insyirah dania.

Sejarah Insyirah.....
konon2 nak diet, boleh ker gitu..maklum la badan dah makin kembang masa tu(takde la kembang mana pun) belum sempat habis pil kurus sebotol, aish napa tak datang bulan lagi ni..ayo yo...kalau tak silap hari ke12 lewat my period, sy p ambik urine test kat klinik fuziah n cek sendiri...alhamdulillah result positif.....sebelum ni kalau nak ikutkan ada jugak tapi tak lekat n kali ni lekat pulak..jadi

"
"
"
"

Tiha dapat adik ...horeyyy jangan nakal2.

sepanjang mengandungkan insyirah, alhamdulillah sy tak alami alahan yang teruk cuma kena morning n evening sickness(boleh gitu)..
time ngandungkan fatihah belah pagi je muntah2 ni..tapi time insyirah kena pulak belah pagi n belah petang. kesimpulannya apa yang saya makan time lunch habis keluar semula. kalau kat opis pulak duduk kat tempat ala2 ganaz, member siap ckp agaknyer bb boy kot.
tambah lagi time tu sport tennis, kat rumah my hb follow sport tuh, tambah lagi Roger Federer yang main, dah saya ni dok aim jer mamat tu, harap2 muka bb nnti cam Roger Federer. ekekek

ikutkan due date insyirah ni 24.06.2008. time fatihah on time ikut date yang dc berikan.
al kisah seminggu sebelum due date my hb dah siap2kan air selusuh untuk bekalan kelahiran insyirah. ke mana sy pergi, sy bawak barang2 keperluan yang mmg saya simpan dalam bonet kereta. mcm biasa setiap hari sabtu n ahad my hb akan ke rumah Taman Murni untuk kerja2 renovation. saya pula akan ke sana waktu tengari untuk menghantar makanan buat suami tersayang...ceh..ceh
sampai due date rasa nak bersalin belum ada lagi. p check up dc bg seminggu lagi tarikh due, kalau takde tanda2 nk bersalin kena induce la jawapnyer. setiap hari saya belai perut ni bb, keluar cepat ye mama taknak kena induce..

pagi ahad-29hb jun 2008
bangun je dari tidur ada tanda nak bersalin(ada lendir keluar)
pastu terasa sakit belakang ni...
gagahkan diri masak nasik untuk bekalan abg, nak masak lauk tak larat yer, mama beli je nnti kat kedai mamak tuh..
sy p berdua ngan tiha ke rumah Taman Murni..
bgtau abg, abg tanye nak g hospital ke..
takpe la bang tunggu betul2 sakit nnti baru kita p.
lepak la mama kat sana ngan tiha..
mula2 dalam setengah jam sakit datang, mama tahan lagi..dah kerap 15minit..mama ckp kat abah nak p hospital..selesai abang solat asar kitaorg pun pergi...dengan perlahan2 mama drive kete n tiha tido kat seat sebelah mama. abah naik moto balik ke rumah dulu...
sampai kat rumah abah hanta tiha ke rumah ibunya sementara mama tukar pakaian...ya allah sakit yang kerap datang lagi.....cepat la sampai hospital

Sampai kat Hospital Banting terus masuk lab.. masa tu jam 6 kalu tak silap. nurse terus suruh baring atas katil n cek kekerapan jantung bb...insyirah lahir selepas waktu maghrib 7.59mlm..alhamdulillah semuanya selamat n mama tahu bb dalam perut mama ni girl lagi. nama insyirah ni pun mama yang letak sebab abah nak letak nama surah pada anak2....setelah semuanya selesai mama ditempatkan ke wad biasa..dan alhamdulillah syukur pada ALLAH sekali lagi, mama n anak mama semuanya selamat...
Siti Nur Insyirah Dania......jadilah anak yang soleh n anak yang mendengar kata. semoga Allah berikan kesihatan yang baik, kehidupan yang diredhaiNya, dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki serta jadilah anak yangberguna pada agama bangsa n negara. AMIN....

note:potong kek nnti kita celebrate kat rumah baru yer!!!

bb syirah n kakak tiha

0 comments:


Daisypath Anniversary tickers


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie Kids birthday Ticker


Lilypie First Birthday tickers


Lilypie Breastfeeding tickers